Nuffnang

Khamis, 21 Februari 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Tertekan Kes Hutang Belum Selesai - Gua.com.my

Posted: 21 Feb 2013 08:00 AM PST

Pelakon Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mengakui tertekan apabila kes yang melibatkan namanya berhubung pinjaman wang sebanyak RM8 juta dari sebuah bank antarabangsa masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ekoran dari isu tersebut, Fizo yang didakwa menjadi penjamin bagi sebuah syarikat percetakan telah diminta menjelaskan bayaran lebih RM2.5 juta kepada institusi terbabit dan jika gagal berbuat demikian, dia akan dikenakan tindakan. Fizo ketika ditemui pada sidang media Arlief Event & Management baru-baru ini sempat berkongsi kepada GUA mengenai perkembangan terkini kes tersebut.

"Kes ini sangat complicated dan sehingga hari ini ia masih belum selesai. Banyak benda nak kena siasat dan sekarang saya masih tunggu laporan dari Jabatan Kimia dan juga pihak polis. Ia terlalu kusut untuk diselesaikan dan kalau diikutkan, tahun ini sudah empat tahun kes ini berlanjutan.

Saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera kerana ia sedikit sebanyak mengganggu perniagaan saya dari segi memohon pinjaman bank dan sebagainya. Saya juga harap kes ini terjawab agar dapat jadi contoh pada semua orang memandangkan sekarang ini banyak sangat kes penipuan dokumen, pakatan orang bank dan juga pemalsuan tandatangan yang berlaku," luah Fizo kepada GUA.

"Tidak dinafikan amat berat dugaan ini namun Alhamdulillah, dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan rezeki saya. Saya kini dilantik menjadi duta M7 dan juga produk minuman mereka, Drive selama setahun berkuatkuasa Februari.

Sebelum ini saya memang bercita-cita nak jadi duta mereka memandangkan jiwa saya memang ke arah sukan permotoran dan apabila dilantik menjadi duta jenama ini, saya rasa teruja sangat. Saya bukan setakat jadi duta, malah saya turut menjadi pengedar untuk produk mereka.

Selain itu, saya juga dilantik menjadi Ikon Belia 2012/2013 dan masih kekal duta Superman DC Comics Super Heroes Malaysia. Saya juga dalam perancangan untuk menerbitkan drama di bawah syarikat produksi saya sendiri dan Alhamdulillah, saya rasa ini permulaan yang baik untuk tahun 2013."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan