Fizz Fairuz - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - Tunang <b>Fizz Fairuz</b> Isteri Orang? - Gua.com.my Posted: 19 Feb 2013 05:45 PM PST Selepas mengejutkan ramai dengan pertunangannya kepada Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari lalu yang telah dilangsungkan secara rahsia, kini Fizz Fairuz tampil dengan cerita yang lebih mengemparkan. Di dalam akhbar Harian Metro hari ini, Fizz mendedahkan bahawa tunangnya merupakan isteri orang dan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku mungkin disebabkan buatan orang. "Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunang) sejak kami berkenalan setahun lalu," kata Fizz yang sudahpun menghubungi keluarga Azlyn untuk memutuskan pertunangan mereka. Kongsinya, kawan kepada adik tunangnya telah mengirimkan satu mesej Khamis lalu yang menjelaskan status sebenar Azlyn, yang dikatakan isteri kedua seorang usahawan. Ekoran dari itu, Fizz telah berjumpa suami Azlyn Sabtu lepas. "Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.
"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf (kepada media) kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut." Fizz akui berasa pelik mengapa baru setahun mengenali Azlyn dia terus bertunang tetapi sukar berbuat demikian dengan Almy Nadia yang sudah dikenalinya selama tujuh tahun. Malah katanya sepanjang bersama Azlyn, dia tidak tahu apa-apa tentang latar belakang, tempat kerja, pendidikan ataupun keluarganya. Dia juga memberitahu sehari sebelum majlis pertunangannya, dia ditunjukkan petanda musibah apabila tangan kirinya melecur terkena air panas dan kenderaannya rosak dalam perjalanan ke Kuantan. Walaupun tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati tetapi kata Fizz "apakan daya ia sudah pun berlaku". Artikel Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan