Nuffnang

Jumaat, 8 Mac 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Azmeer, <b>Arja Lee</b> Terima Ijazah USM | Detik Perubahan

Posted: 21 Sep 2012 05:01 PM PDT


GEORGE TOWN – Komposer terkenal, Azmeer dan pelakon Arja Lee merasa sangat gembira kerana setelah berhempas-pulas selama tiga tahun, mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Menceritakan antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata beliau terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya seperti pelajar-pelajar lain tinggal di asrama kerana perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah," katanya kepada
pemberita selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, semalam.

Azmeer yang ditemani isterinya Azira Azid dan dua anak perempuan mereka  Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli.

Beliau berkata ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepada beliau dan keluarganya.

Ditanya mengenai rancangan masa depannya, beliau berkata beliau akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah  dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita percaya usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan