Nuffnang

Khamis, 28 Mac 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Sudah Kenal Pasti Pembawa Fitnah | MyNewsHub

Posted: 18 Feb 2013 08:15 PM PST


Sejak menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun dan mendirikan rumah tangga pada 3 November lalu, sememangnya Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi antara pasangan selebriti yang sering diperkatakan ramai.

Bermula dengan kisah percintaan mereka, majlis pertunangan secara senyap-senyap, membuat pengumuman tarikh perkahwinan secara mengejut sehinggalah pakaian semasa majlis resepsi, semuanya pernah menimbulkan kontroversi.

Menurut Farid, sebagai seorang individu berstatus selebriti segala yang berlaku itu sememangnya sukar dielakkan, tetapi dia perlu tenang untuk berhadapan dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya.

Berkesempatan bertemu dengannya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth Pictures (MIG) di bangunan MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Farid menyatakan, dia menerima segala cerita negatif membabitkan dirinya dengan hati terbuka.

Mengakui telah mengenal pasti individu yang selalu mereka-reka cerita buruk mengenai dirinya sejak belum berkahwin lagi, buat masa ini dia enggan mengambil sebarang tindakan atau bersemuka dengan individu tersebut.

"Saya sudah lama tahu orang yang bertanggungjawab memburuk-burukkan nama saya selama ini dan sangat kenal dengannya. Cuma saya tidak mahu ambil kisah langsung dengan segala perbuatannya itu.

"Bagi saya orang tersebut sebenarnya sangat tertekan dengan kehidupan yang dilaluinya dan saya cuma mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelas Farid yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang individu berkenaan. – Kosmo

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan