Tunang Saya Isteri Orang – <b>Fizz Fairuz</b> | Posted: 19 Feb 2013 04:41 PM PST Terkejut beruk Abang Nara membaca muka depan suratkhabar Harian Metro hari ini. Tunang Fizz Fairuz ialah isteri orang. Memang tak disangka-sangka. Empat hari selepas bertunang barulah Fizz Fairuz mengetahui yang tunangnya adalah isteri kedua seorang usahawan dan telah bernikah di selatan Thailand. Untuk makluman, nama tunang Fizz Fairuz ialah Azlyn Massiela, berusia 26 tahun dan berasal dari Kuantan. Mereka berdua berkenalan di satu lokasi penggambaran dan menjadi semakin rapat setelah memiliki kawan yang sama di Kuantan. Kata Fizz Fairuz:- Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu. Nampak gaya seperti Fizz Fairuz terkena sihir pun ada jugak. Yang menariknya, hubungan Fizz dan tunangnya turut diketahui oleh Almy Nadia. Malah Almy Nadia pernah menasihatkan agar Fizz Fairuz pergi berubat kerana keadaannya yang tidak terurus. Kata Fizz lagi:- Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang. Diharapkan Fizz Fairuz pergi berubat untuk melihat apa yang tidak kena pada dirinya. Ini memang satu ujian yang amat besar buat Fizz. Nasib baik dapat tahu sebelum pernikahan berlaku. Sempatlah putus tunang. Kalau tiba-tiba dah bernikah tak ke kerja gila? P.S: Antara manfaat mengamalkan pemakan virgin coconut oil Catalyst ialah kitaran haid menjadi lebih teratur. Selain itu, parut jerawat berkurangan dan kulit akan bertambah cerah. LIKE Facebook CantikNara atau email lorongsetia8@gmail.com untuk info lanjut. Baca Yang Ini Pulak:- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan