Adam af - Google Blog Search |
<b>Adam AF</b> Kini Boleh Ubati Penyakit Misteri Setelah Mendalami <b>...</b> Posted: 14 Jan 2012 12:00 AM PST Adam AF mengakui dia sekarang sudah mampu merawat beberapa penyakit misteri selepas mendalami ilmu perubatan Islam berkenaan sejak dua tahun lalu. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, berkata, kebolehan itu membuatkan dia merancang untuk membuka sebuah klinik perubatan Islam di sekitar Kuala lumpur tidak lama lagi. "Selain penyakit sihir, saya juga boleh merawat pesakit darah tinggi dan kencing manis. "Alhamdulillah, setakat ini rawatan penyakit asas sudah boleh saya lakukan. Banyak lagi ilmu perubatan Islam yang harus saya pelajari. Namun saya merancang untuk membuka klinik sendiri dalam masa terdekat ini," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, tambah Adam, dia berharap agar masyarakat tidak tersalah tafsir mengenai rawatan yang dilakukan kerana ia bukanlah syirik di sisi Islam ataupun mahu menjadi bomoh. Sebaliknya teknik rawatan yang dibuat mengikut garis panduan berpandukan kitab Al-Quran selain berdoa kepada Allah. "Ada yang beranggapan, mengubat penyakit sihir adalah syirik tetapi harus diingat perubatan saya tidak menggunakan kaedah memakai tangkal atau memanggil makhluk halus kerana cara itu sudah dikira menduakan Allah," tuturnya. Dalam pada itu, Adam juga menegaskan perubahan yang berlaku terhadap dirinya yang lebih bersifat Islamik sejak kebelakangan ini bukan bermaksud dia sudah berhijrah, namun ia adalah sebahagian tanggungjawabnya sebagai umat Islam yang pernah lalai sebelum ini. "Saya harap orang luar tidak menganggap perubahan diri ini sebagai satu penghijrahan, sebaliknya ia ada adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam yang harus diamalkan sejak dahulu lagi. "Pada mulanya, saya berjumpa dengan Ashraf Muslim menerusi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendalami ilmu agama. Kemudian saya memecahkan cabang ilmu itu kepada mempelajari hal-hal perubatan Islam pula. "Alhamdulillah, setakat ini saya cuba memperbaiki kelemahan saya untuk menjadi manusia yang lebih baik. "Dan sebagai manusia biasa, biasalah, lebih dekat kita mahu mendekati diri kepada Allah, lebih banyak dugaan yang muncul. Bagaimanapun saya cuba mengharunginya dengan baik," tuturnya yang bakal muncul album solo terbaru berkonsepkan balada pada tahun depan. |
You are subscribed to email updates from Adam af - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan