Nuffnang

Isnin, 22 April 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


(Gambar) <b>Alyah</b> Nekad Berhijab Sekembali Dari Mekah | Berita <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 06:07 PM PDT

ohartis-alyah-bertudung-1

Bagi pengikut dan peminat penyanyi yang popular dengan lagu "Kisah Hati" ini pasti gembira dengan penampilan baru Alyah. Alyah yang kini nekad untuk berhijab sekembalinya daripada menunaikan umrah di Mekah baru-baru ini.

Berita gembira ini dapat dilihat melalui gambar-gambar yang dimuatnaik melalui laman sosial Instagram miliknya. Alyah seolah-olah mahu memberitahu semua peminatnya bahawa dia kini adalah "New Alyah" dengan penampilan bertudung.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya." Jelas Alyah.

ohartis-alyah-bertudung-3

ohartis-alyah-bertudung-5

ohartis-alyah-bertudung-2

ohartis-alyah-bertudung-4

Alyah berterima kasih diatas segala respon positif daripada kawan-kawan dan peminatnya. Dia juga berharap suatu hari nanti dia akan menjejakkan kaki lagi ke kota suci Mekah.

OHARTIS: KAMI TUMPANG GEMBIRA DENGAN PERUBAHAN BARU ALYAH. SEMOGA BELIAU KEKAL ISTIQAMAH DALAM PENGHIJRAHANNYA. TAHNIAH ALYAH.

<b>Alyah</b> Lancar Video Klip Kau Yang Terindah | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 05:05 PM PDT

Video Klip Alyah

Pada 31 Mac lalu, penyanyi yang memiliki vokal mantap Alyah, telah melancarkan video klip rasmi untuk lagu hits-nya berjudul "Kau Yang Terindah."

Lagu yang mendapat sentuhan kreatif daripada komposer terkenal Citra dan lirik ditulis oleh Erma Fatima ini secara umumnya pernah menjadi runut bunyi untuk drama bersiri "Kau Yang Terindah" lakonan Emma Maembong dan Neelofa yang pernah ditayangkan di Slot Akasi, TV3 tahun lalu.

Untuk video klip ini Alyah telah menggunakan khidmat jurusolek Bosco dan stail pakaian daripada Yana Husin.

Berikut kami lampirkan video klip rasmi "Hanya Kau Yang Terindah" khusus untuk semua peminat Alyah. Enjoice! 

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Komen