Nuffnang

Khamis, 18 April 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Sinopsis Filem Kolumpo Arahan <b>Bront Palarae</b> » Blog Fyna

Posted: 20 Mar 2013 07:08 PM PDT

If you liked this post, say thanks by sharing it

Sinopsis Filem Kolumpo Arahan Bront Palarae

Sinopsis Filem Kolumpo Arahan Bront Palarae

Sinopsis Filem Kolumpo Arahan Bront Palarae | Filem genre drama komedi iaitu KOLUMPO dibarisi oleh bintang yang sudah pun mengukir nama di persada seni tanah air iaitu Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff.

Filem yang diarahkan dan ditulis oleh Bront  Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim diterbitkan oleh Otto Films Sdn Bhd.

Filem ini adalah cerita yang berkisarkan tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur yang datang untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh muflis. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke yang juga seorang mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di Kuala Lumpur. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk yang ingin mencari rumahnya sepanjang hari. Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang ketinggalan tren terakhirnya. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal mencuit hati dan menggegar jiwa para penonton.

Kalau kita lihat semasa acara Urbanscapes 2012 lalu, ada beberapa orang yang memakai kotak hitam di kepala yang bertulis KOLUMPO dan kami yakin ianya salah satu medium yang sangat kreatif untuk mempromosikan filem terbaharu karya Bront Palarae di kalangan anak muda kita.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen