Nuffnang

Isnin, 29 April 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Pecah Berita Lagi! Artis <b>Faizal Tahir</b> Belasah Artis Norman KRU <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 03:12 AM PDT

Pecah Berita Lagi! Artis Faizal Tahir Belasah Artis Norman KRU Pencacai BN. kah3

Posted by Abas® - tiewnama® Sunday, April 28, 2013

Kuala Lumpur - by @tiewnama
Faizal Tahir hari ini telah membelasah Norman KRU apabila, Norman kru yang di percayai 
sebagai pencacai Barisan Nasional, telah menulis di twitternya, seolah tidak percaya kepada 
rezeki yang datang dari Allah s.w.t

bercakap kepada Ajensi berita fakap EP di sini sebentar tadi, Profesor @erapasca
menyatakan bahawa, hasil didikan BARISAN NASIONAL selama 55 tahun, ramai 
artis artis yang tidak memahami konsep islam dan bagaimana rezeki di CERNA 
dari REZEKI yang sudah di tentukan oleh ILLAHI.

kepada Norman KRU, Insaf dan Bertaubatlah dari menjadi salah satu PENCACAI 
Barisan Nasional, SILA LAH BELAJAR DARI USTAZ AZHAR IDRUS, jangan 
belajar dari USTAZ SAMAAH pondok geting, kelak anda akan dapat projek 
rm 2 JUTA nanti.

kepada Faizal Tahir, tahniah tim EP ucapkan kerana ''STAND FOR WHAT IS RIGHT
EVEN IF IT MEANS STANDING ALONE'' - Dr @tiewnama.



by @tiewnama - buat malu 1malaysia sajalah artis pencacai Barisan Nasional ini. kah3

KELAB GREENBOC: [VIDEO] <b>Faizal Tahir</b>, Yassin Muncul Dengan <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2013 09:01 AM PDT


Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul 'Berani' yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Antara bait liriknya berbunyi 'Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..,"

Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan.

Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul 'Menuju Putrajaya dan 'reformasi', manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar.

Bidas kenyataan Norman

Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim.

Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas.


Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa 'rezeki datang dari Allah'.

Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya.

Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks.

Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan 'sanggup disambar petir' jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar.

Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN.

Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan