Nuffnang

Rabu, 10 April 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Kembalinya <b>Fizz Fairuz</b>, Ibu Letak Syarat! - Gua.com.my

Posted: 05 Apr 2013 08:55 PM PDT

Sudah lebih sebulan kita tidak mendengar sebarang cerita susulan tentang kes Fizz Fairuz yang dikatakan telah bertunang dengan isteri orang. Selepas bertindak membuat laporan polis sebagai langkah melindungi diri, pelakon Nur Kasih tersebut terus mendiamkan diri.

Lelaki yang kononnya suami Azlyn Massiela pula 'hilang' meskipun pernah mohon tempoh seminggu dari media sebagai persiapan sebelum tampil dengan segala bukti yang dapat mengesahkan dakwaannya.

Bagaimana pula dengan Azlyn? Tiada juga sebarang khabar berita.

Melihatkan keadaan sudah reda, Fizz nampaknya lebih bersedia berdepan dengan media dan masyarakat. Melalui akhbar Berita Harian hari ini, dia menjelaskan keputusannya untuk mendiamkan diri kerana enggan isu tersebut berpanjangan selain mengelak munculnya pelbagai versi kisah putus tunangnya. Tetapi lebih pentingnya, dia mahu menjaga perasaan ibu.

Jelas Fizz, dia tidak mahu ibunya tertekan dek ceritanya mendapat liputan meluas media. "Bagaimana dia hendak berhadapan dengan orang kampung, lebih-lebih lagi dia sering ke surau," luah Fizz.

Tambahnya lagi, ekoran daripada apa yang berlaku ibunya kini meletakkan syarat hanya membenarkan dirinya berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi. Itupun dua jam selepas pertunangan akan terus dilangsungkan akad nikah.

Artikel berkaitan:
Fizz Fairuz Lapor Polis
Suami Azlyn Massiela Mohon Diberi Tempoh Seminggu
Suami Azlyn - Fizz Fairuz Mangsa Penipuan
Azlyn Massiela Menempelak Dakwaan Fizz Fairuz
Fizz Fairuz Mohon Maaf Tapi Tegaskan Tidak Berbohong

<b>Fizz Fairuz</b> Akui Berbaik Dengan Almy Nadia - Gua.com.my

Posted: 09 Apr 2013 09:25 AM PDT

Buang yang keruh ambil yang jernih. Mungkin berpegang kepada pepatah Melayu tersebut, Fizz Fairuz dan Almy Nadia berbaik-baik semula. Dalam satu laporan portal berita, pelakon lelaki berusia 34 tahun itu mengakui kembali berkawan rapat dengan bekas kekasihnya, Almy Nadia selepas putus tunang dengan Azlyn Masiela pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Fizz menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru untuk lebih serius dengan Almy kerana mahu memberi ruang kepada masing-masing kerana sebelum ini dia pernah mengecewakan pelakon wanita itu. 

Sebelum ini Almy Nadia pernah memberitahu GUA yang dia berasa cukup tertekan dengan kontroversi yang melanda perhubungannya dengan Fizz Fairuz. Namun, enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada dia mahu kembali ke Fizz Fairuz atau tidak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan