Nuffnang

Jumaat, 19 April 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Enggan Gosip Lebih Menyerlah - Gua.com.my

Posted: 16 Apr 2013 01:00 AM PDT

Hubungannya dengan aktres Neelofa, hangat diperkatakan. Namun pelakon, pengarah dan penerbit, Hans Isaac enggan membuka mulut tentang hal itu lagi.

"Kalau saya mengaku atau tidak, tidak akan mengubah apa pun. Saya pernah bersuara tentang kisah cinta dahulu, tetapi ia sebaliknya memberi masalah kepada saya. Saya tidak mahu ditimpa masalah lagi kerana banyak hati yang perlu saya jaga," kata Hans.

Bergandingan dengan aktres tersebut untuk filem terbaru arahannya, 'Lemak Kampung Santan', Hans enggan gosip hubungannya dengan Neelofa diberi perhatian lebih berbanding filem itu.

"Sebagai pengarah, saya akan rasa sedih jika filem saya diberi perhatian kerana gosip. Bukan kerana hasil kerja yang saya lakukan," ujar Hans ketika ditemui di majlis sidang media filem 'Lemak Kampung Santan' pada Selasa.

Menurut Hans, penerbit yang menggunakan kontroversi bagi mempromosikan filem sebenarnya tidak yakin dengan filem terbitan mereka.

"Kontroversi dan gosip sedikit pun tidak membantu melariskan filem. Penonton sekarang sudah lebih bijak dan mereka sudah boleh membezakan filem bagus dan teruk," kata Hans.

Mengulas tentang pemilihan Neelofa sebagai heroin Lemak Kampung Santan, Hans memberitahu dia sebenarnya menerima cadangan Aziz M.Osman. Ini kerana pada ketika itu dia tidak mengenali Neelofa.

"Pengarah Aziz M. Osman yang cadangkan supaya saya mengambil Neelofa sebagai watak utama. Pada awalnya saya agak ragu kerana tidak mengenali Neelofa. Tetapi Aziz meyakinkan saya bahawa Neelofa ada bakat dan dia kata 'she's a thinker'," ujar Hans.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan