Intan Ladyana - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - Selepas Jadi Askar, <b>Intan Ladyana</b> Jadi Polis - Gua <b>...</b> Posted: 03 Apr 2013 01:00 AM PDT Pelakon jelita ini tidak pernah jemu mencabar dirinya dengan pelbagai aktiviti yang sihat. Jika dahulu Intan Ladyana bersama-sama penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza menyertai pasukan Askar Wataniah, kali ini dia menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia pula. Bukan calang-calang jawatan, Intan memegang jawatan selaku Lans Koperal. GUA pasti peminat Intan teruja mendengarkan berita ini bukan? Namun, semua ini hanyalah sebahagian daripada lakonan Intan dalam filem terbaru 'Kecoh! Hantu Raya Tok Chai'. "Satu pengalaman berbeza buat saya apabila memegang watak polis. Paling penting adalah soal pakaian. Saya perlu mengenakan uniform yang sesuai agar sesuai dengan imej Lans Koperal yang saya bawa dalam filem ini. Alhamdulillah, sepanjang pengambaran memang ada pegawai polis yang hadir dan beri bimbingan," ujar pelakon yang menginjak ke usia 31 tahun ini. Ditemui ketika majlis pratonton filem tersebut di GSC Midvalley Megamall semalam, Intan mengakui antara sebab dia menerima tawaran berlakon dalam filem berkenaan adalah disebabkan barisan pelakonnya. Pengalaman beraksi bersama Allahyarham Seniman Kuswadinata, Saiful Apek dan Baby Erin memberi satu kenangan baru dalam karier seni wanita ini. "Masa mula-mula Intan tengok senarai pelakon, Intan rasa teruja sebab pertama kali Intan berlakon bersama mereka. Saya seronok berlakon di bawah arahan Opie kerana dia seorang yang bersahaja. Sepanjang berada di lokasi, tak pernah saya dengar dia marah-marah. Dia sentiasa rileks dan tak kedekut dengan senyuman. Apa sahaja permasalahan akan diselesaikan dengan cara yang baik," jelas Intan yang sedang menjalani pengambaran filem 'Aku Pilih Kamu' di bawah arahan Eyra Rahman. Intan yang baru sahaja tiba dari pengambaran lokasi filem itu di Cameron Highland turut diasak soalan berkenaan pola watak yang dimainkan beliau sepanjang membina kerjaya sebagai seorang pelakon. Mengakui lebih mudah membawa watak dalam filem seram serius seperti 'Jangan Pandang Belakang' berbanding filem seram komedi, Intan juga semakin berhati-hati dalam memilih skrip yang ditawarkan kepadanya. "Saya pilih juga skrip yang ditawarkan untuk beri kelainan kepada penonton. Kalau peminat tengok benda yang sama sahaja, tentu tak bagus untuk perkembangan karier seni saya. Sebab itulah saya tengok dan nilai juga setiap watak yang ditawarkan kepada saya,"akhiri Intan yang berdarah kacukan Melayu-Siam. Selain 'Kecoh! Hantu Raya Tok Chai', Intan Ladyana bakal muncul dengan prekuel 'Adnan Sempit 3' dan juga 'Dampak'. Dalam masa yang sama, Intan turut menyimpan hasrat berlakon dengan ramai lagi nama-nama besar tanah air supaya dapat menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman. |
You are subscribed to email updates from Intan Ladyana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan