Nuffnang

Rabu, 3 April 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Bicara Hati <b>Shaheizy Sam</b> - Gua.com.my

Posted: 26 Mar 2013 07:35 PM PDT

Pelakon Shaheizy Sam, 31, mengesahkan bahawa dia akan mengeluarkan single terbaru berjudul 'Bicara Hati' dan berkemungkinan single tersebut bakal diterbitkan pada hujung tahun ini. Dia yang sebelum ini menganggotai kumpulan m.o.b bakal menyanyi semula bersama kumpulannya itu.

"Paling awal single saya akan dikeluarkan pada hujung tahun ini dan single tersebut berjudul 'Bicara Hati'," ujar Sam ketika ditemui di majlis Raikan Cinta, anjuran stesen televisyen TV3 pada Selasa.

Sam turut memberitahu bahawa dia akan muncul dengan album mini seandainya semuanya berjalan dengan lancar. Malah, turut berjanji muziknya kali ini lebih matang dari 10 tahun yang lepas, selain memfokuskan konsep R&B dan Bone Thugs.

"Saya akan keluarkan dahulu beberapa single untuk melihat sambutan peminat-peminat dan dari situ mungkin saya akan keluarkan pula album mini. InsyaAllah muzik saya kali ini lebih matang dari 10 tahun yang lepas dan lebih kepada konsep R&B dan Bone Thugs," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam bakal muncul dengan drama terbaru berjudul 'Kisah Cinta' bersama aktres jelita Fazura yang akan menghiasi slot Lestary mulai 9 April ini.

<b>Shaheizy Sam</b> Bukan Kekasih Saya – Syatilla Melvin |

Posted: 18 Mar 2013 03:09 AM PDT


Kalau sebelum ini Shaheizy Sam sendiri menyatakan yang Syatilla Melvin sekadar kawan rapatnya, semalam menerusi Pancaindera, Syatilla menerangkan yang Shaheizy Sam bukan kekasihnya. Yang menariknya, Syatilla turut berkongsi kisah cintanya yang bermula sejak usia 16 tahun.

syatilla melvinGosip percintaan antara Syatilla dan Sam timbul selepas Sam hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla, Syafiqa yang juga juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Julai tahun lepas. Namun Syatilla menafikan mereka berdua mempunyai sebarang hubungan:-

Saya tidak selesa bercakap hal itu. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan perkara yang tidak ada. Pada mulanya gosip itu kelihatannya seperti usikan biasa buat saya. ?Namun apabila kerap diasak persoalan yang sama setiap masa, saya sudah mula rimas. Lebih teruk lagi apabila orang di luar seolah-olah mempercayai kami ada bercinta

syatillaMenurut Syatilla, dia kini sudah 2 tahun hidup solo tanpa kekasih. Kali pertama bercinta Syatilla masih di bangku sekolah. Namun bagi Syatilla, cinta yang berakhir dengan perpisahan sangat memedihkan walaupun baru berusia 16 tahun. Kata Syatilla:-

?Saya cuma ada dua orang bekas kekasih sepanjang hidup. Cinta pertama saya sewaktu berusia 16 tahun. Di alam persekolahan lagi saya sudah rasa sakitnya putus cinta. Selepas itu saya bertemu dengan cinta kedua sewaktu umur 18 tahun. Saya bercinta dengan orang Shah Alam (Selangor) pun tidak kekal lama. Kami putus secara baik selepas dua tahun berkasih. ?Syukurlah hubungan baik kami berkekalan sampai ke hari ini walaupun dia sudah berkahwin

Ala masa umur 16 tahun pedih apanya putus cinta. Sekadar cinta monyet je kot. Syatilla pun masih muda lagi. Baru 21 tahun. Tak perlu terburu-buru mencari erti sebenar kasih sayang. Yang penting, jangan rampas suami orang dan jangan rosakkan rumah tangga orang lain. Biarlah cinta itu dibina atas dasar ketulusan dan kesucian. Amboi ~~ Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Shaheizy Sam</b> Bakal Keluarkan Single Terbaru “Bicara Hati <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 10:27 PM PDT

Pertemuan bersama dengan aktor kacak Shaheizy Sam di Majlis  Raikan Cinta TV3, semalam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia memberitahu bahawa sedang sibuk untuk mengeluarkan singlenya yang terbaru berjudul 'Bicara Hati'.

Sudah tentu peminat-peminat Shaheizy Sam ini tertanya-tanya adakah dia ingin kembali aktif dalam dunia seni suara selepas suatu ketika dahulu dia pernah bersama-sama dengan satu kumpulan yang diberi nama m.o.b.

"Ya memang Sam akan keluarkan single terbaru berjudul 'Bicara Hati' dan bakal di release mungkin paling awal pada hujung tahun ini."

"Setakat ini belum ada perancangan untuk mengeluarkan album tetapi sekadar mencuba untuk mengeluarkan single-single terbaru dan sekiranya mendapat sambutan kemungkinan besar Sam akan keluarkan dengan mini album."

"Konsep yang diketengahkan pula ialah R&B dan Bone Thugs dan ianya jauh berbeza dari segi susunan muzik dan lebih matang dari 10 tahun yang lepas."kata Sam.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal muncul dengan drama bersiri terbaru di slot Lestary berjudul 'Kisah Cinta' bersama-sama dengan pelakon cantik, Fazura. Selain itu, bakal muncul dengan filem 2 kalimah dan Adnan Sempit 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan