Nuffnang

Sabtu, 18 Mei 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Akhirnya Hubungan Pertunangan <b>Elly Mazlein</b> Terjawab!

Posted: 10 Apr 2013 06:18 PM PDT

Pada: Khamis, 11 April 2013 Teka teki mengenai hubungan pertunangan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dengan pengarah drama, Azmi Hatta dikatakan sudah menemui jawapan yang masih lagi boleh menjadi tanda tanya.

Memetik portal mStar semalam, Azmi menafikan dia dengan Elly sudah putus tunang. Dan menyakinkan media dengan menyatakan hubungan mereka seperti biasa dan tidak ada apa-apa 'angin kuat' dalam pertunangan mereka.

"Kami masih bersama dan tiada masalah kritikal yang berlaku dalam hubungan kami,"
Yang menjadi tanda tanya majlis pernikahan mereka ditangguh dari tarikh pertunangan mereka pada 29 Mei pada 2011 sehinggalah ke hari ini. Hatta berkata ia kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong. Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan,"
Jadi anda sudah berpuas hati dengan jawapan ini? Elly masih lagi tunangan orang ok.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan