Nuffnang

Selasa, 21 Mei 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fizo Omar</b> Putus Cinta - Gua.com.my

Posted: 20 May 2013 08:10 AM PDT

Baru dua bulan menyulam cinta, pelakon Fizo Omar akui kini sudah putus cinta dengan kekasih hatinya, Asmidar Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Haas. Fizo yang ditemui ketika penggambaran filem 'Cinderella' di Batu 13, Jalan Puchong ini bagaimanapun agak keberatan untuk mengulas mengenai perkara tersebut. Namun setelah dipujuk beberapa kali, jejaka berusia 28 tahun ini akhirnya akur untuk memberi penjelasan.

"Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja," jelas pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini sambil menafikan dia cuba menyembunyikan kisah putus cintanya itu.

"Saya bukan tak mahu bercerita apatah lagi merahsiakan perkara ini tapi sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem dan banyak perkara lagi. Mungkin ada pihak yang akan mengata kononnya dulu bukan main saya nak menjaja kisah cinta tapi bila putus cinta nak berahsia. Namun saya ingin tegaskan di sini, dari awal lagi saya memang tak berani nak komen lebih-lebih mengenai hubungan ini, sebab masih terlalu awal.

                    

"Ikutkan hati, saya memang tak mahu menjaja kisah cinta sebab saya tahu, kenal setahun pun belum tentu kekal. Saya juga tak nak bercerita sebab hubungan ini tak kukuh lagi dan takut tak kekal. Namun sebab dah terkantoi dengan wartawan, jadi saya kena juga bercerita supaya bila orang jumpa saya di mana-mana, mereka tahu itu kekasih saya. Apapun, nak buat macam mana, dah tak ada jodoh antara kami."

Ditebak apakah punca dia putus cinta dengan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing itu, anak kelahiran Kelantan Darul Naim ini lebih selesa untuk tidak menyentuh mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu melukakan perasaan mana-mana pihak.

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan isu ini kerana tak nak malukan atau menyakitkan hati sesiapa. Lagipun, kami dah kenal keluarga masing-masing, jadi kalau boleh saya tak nak mana-mana pihak tersinggung. Saya nak jaga hubungan baik kami dan tak nak bergaduh walaupun sudah putus.

"Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing-masing susah nak beri komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami dan mungkin dia layak dengan seorang yang lebih baik," ujar Fizo sambil nafi wujud pihak ketiga dalam perhubungan mereka.

"Perkara ini tidak ada kaitan dengan pihak ketiga. Kami berpisah dengan cara elok. Ada juga mengaitkan bekas kekasih saya sebelum ini sebagai punca. Saya minta agar jangan kaitkan doktor itu dalam kes ini sebab dia tak ada kena-mengena."

Walaupun sedikit ralat dengan hubungan cinta yang tidak kesampaian dengan gadis kelahiran Kedah itu, namun pengacara program 'Nasi Lemak Kopi O' ini mengakui tidak serik untuk bercinta lagi dan tetap dengan sasarannya yang mahu berkahwin sebelum umur mencecah 30 tahun.

"Saya tak serik ataupun trauma untuk bercinta lagi selepas ini, cuma saya rasa sedikit ralat sebab tak sempat nak merasa macam mana orang lain bercinta. Baru nak merasa 'dating' tapi dah putus. Dah lah saya ini jenis susah nak bercinta. Namun, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana impian saya untuk berjaya dalam hidup, kerjaya, perniagaan serta membantu keluarga sudah tercapai. Cuma bagi saya jika nak terus berjaya mestilah ada wanita dan anak-anak di belakang, jadi sudah tiba masanya untuk saya berkahwin."

Hangat!! Inilah Penjelasan Punca2 Selebriti & Pengacara, <b>Fizo</b> <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 10:57 PM PDT


Selepas hampir dua bulan bercinta, hubungan Fizo Omar dan Asmidar akhirnya putus di tengah jalan apabila Fizo Omar sendiri mengesahkan mereka berdua bukan lagi pasangan kekasih seperti sebelum ini. 


Menurutnya, hubungan cintanya dan Asmidar telah berakhir sejak dua bulan lepas. Berikut ialah penjelasan Fizo Omar tentang punca sebenar keretakan dan putusnya hubungan mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan