Nuffnang

Rabu, 15 Mei 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


<b>Lisdawati</b> Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan <b>...</b>

Posted: 12 May 2013 06:52 PM PDT


Susah juga jadi pelakon terutamanya buat wanita. Nak pakai tudung pun ada kekangan daripada segi bab tawaran berlakon. Namun usaha Lisdawati untuk menutup aurat seharusnya dipuji. Sekurang-kurangnya Lisdawati sudah ada usaha untuk berubah ke arah kebaikan. Itu yang penting.

lisdawati

Walaupun sudah berimej baru, Lisdawati masih menerima tawaran berlakon yang menampakkan rambut. Kata Lisdawati kepada portal Murai:-

Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

lisdawati

Susah kan jadi pelakon? Abang Nara memang akan menghalang anak Abang Nara menjadi pelakon walaupun mendapat tawaran menjadi hero filem. Tambah Lisda lagi:-

Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

lisdawatiPerlahan-lahan berubah pun dah kira okay. Mungkin tahun ini masih terima tawaran yang menampakkan rambut. Tahun depan tak perlu dah. Slow-slow. Yang penting berubah. Apa pun tahniah kepada Lisdawati atas perubahan ini.

P.S: Pasangan romantis pada musim banjir

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Lisdawati</b> Tidak Mahu Dihukum Kerana Imej Bertudung Terbarunya <b>...</b>

Posted: 12 May 2013 12:06 PM PDT

Sebagai seorang insan biasa yang telah ditakdirkan ruang kerja serta rezekinya dalam dunia seni atau lebih tepat lagi sebagai pelakon, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 34, akur dengan ketetapan Allah SWT kepadanya.

Lisdawati Tidak Mahu Dihukum Kerana Imej Terbarunya

Niatnya hanya untuk mencari rezeki dan membesarkan anak dengan kerjaya utamanya kini sebagai seorang pelakon. Dalam masa yang sama terbersit di hatinya untuk mencari keredhaan yang Maha Esa atas kurniaan rezeki yang diberi dengan sedikit demi sedikit mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perkara ini dikongsi sendiri Lisdawati yang ditemui petang tadi di acara pelancaran farmasi milik Serina Redzuawan dengan penampilan yang lebih sopan daripada selalu. Namun begitu dia tidak mahu dianggap sudah berhijrah sepenuhnya kerana ini adalah imej Lisdawati kini, tetapi dalam dunia lakonan yang menjadi sumber mata pencariannya itu, dia tidak mahu masyarakat menghukumnya jika dia tampil berlakon namun tidak berhijab.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat.

"Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan.

"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

"Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.

"Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata.

"Kerana saya tiada sumber mata pencarian lain, cuma baru sekarang saya sedang berusaha untuk membuka perniagaan supaya saya tidak terlalu berharapkan daripada sumber sebagai pelakon. Semua itu masih dalam perancangan.

"Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

"Ini adalah niat saya dan untuk diri saya sendiri, itu sahaja,"jelas Lisdawati panjang lebar walaupun pada awalnya mengelak daripada memperkatakan imej terbarunya itu.

Dramatis yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi ini juga menjelaskan bahawa transformasi dalam dirinya itu telah lama difikirkannya. Bermula daripada awal tahun lagi sikit demi sedikit dia sudah memulakan langkahnya kearah kebaikan. Cuma imej sopan terbarunya ini digayakannya bermula 1 Rejab iaitu semalam.

"Bagi peminat atau kenalan yang mengikuti perkembangan saya di Twitter mahupun Instagram, saya banyak meletakkan foto saya berimej seperti ini. Sedikit demi sedikitlah saya buat, jadi bila dah rasa selesa baru saya keluar dengan imej seperti sekarang.

"Saya bukan tidak mahu terima kritikan tetapi jalan saya pilih kearah kebaikan ini saya mahu lalui dengan tenang. Bukannya secara drastik kerana orang sekarang lebih suka menghukum daripada memberikan reaksi positif kepada perubahan kita.

"Pada saya, semua orang mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup. Cepat atau lambat sahaja dan saya baru sahaja hendak bermula,"tambahnya lagi.

Pelakon ini ditemui pada majlis pelancaran farmasi selebriti Cosway yang pertama di negara milik Serina Redzuawan di Kota Damansara. Lisdawati juga baru menjinakkan diri dalam bidang perniagaan ini sebagai sumber mata pencariannya yang baru selain daripada berlakon.-murai

Incoming search terms:

  • gambar nisdawati bertudung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan