Nuffnang

Jumaat, 3 Mei 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Dendam <b>Lisdawati</b> Terhadap Lelaki Dalam &#39;Khilaf&#39; – Perak Today

Posted: 20 Apr 2013 12:46 PM PDT

Lakonan pelakon Lisdawati yang menyimpan dendam terhadap golongan lelaki gara-gara dirogol bakal disaksikan menerusi telefilem Khilaf pada 26 April ini.

Dalam telefilem itu, Lisdawati melakonkan watak Salmiah, seorang gadis yang menanggung beban derita batin dan dendam terhadap lelaki setelah dia kehilangan maruah dan harga diri.

Penderitaan Salmiah dan ibunya mendapat simpati Pak Mat, namun lelaki itu berniat tidak baik terhadap Salmiah dan telah memperkosanya.

Tertekan dengan apa yang berlaku, Salmiah nekad melarikan diri ke bandar. Bagaimanapun dia menjadi mangsa Fuad, seorang bapak ayam yang memaksa Salmiah menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Dendam terhadap lelaki mula menguasai dirinya dan pada masa sama, dalam diam, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang hadir membawa cahaya dalam kehidupannya.

Selepas tiga tahun menjadi GRO, Salmiah dipaksa Fuad supaya memikat seorang tokoh korporat duda, Shahdan.

Fuad merancang berpura-pura hendak memperkosakan Salmiah dan wanita itu diselamatkan Shahdan. Perkenalan Shahdan dengan Salmiah membenihkan cinta di hati Shahdan. Atas persetujuan anak tunggal Shahdan, Azreen, akhirnya mereka berdua berkahwin.

Hubungan cinta Shahdan dengan Salmiah menimbulkan rasa kurang senang di hati Fuad kerana dia mempergunakan Salmiah untuk mengikis harta Shahdan. Bosan dengan sikap Fuad, akhirnya Salmiah 'mengenakan' Fuad dengan meletakkan dadah dalam kereta Fuad.

Selain Lisdawati, turut berlakon dalam telefilem ini ialah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Fizz Fairuz, Zarina Zainoordin, Wan Nor Azlin dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Khilaf akan menemui penonton pada 26 April ini pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan