Nuffnang

Ahad, 26 Mei 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Nekad Untuk Terus Bertudung | Oh! Artis

Posted: 25 Apr 2013 02:20 AM PDT

ohartis-memey-suhaiza-bertudung-1
Terima kasih semua ats sokongan n doa.. ini wajah baru sy skrg & insha'Allah selamanya.. Credit tudung dr butik kakak kita @abby_abadi #syuhadacontemporary♥ #suami ♥ #family ♥

Awal minggu ini tersebar luas gambar-gambar Memey Suhaiza muncul bertudung ketika menghadiri majlis sukan anak tirinya Danish Hakim. Ramai yang membuat andaian bahawa Memey telah pun berhijrah namun, Memey menepis andaian itu bahawa dia belum bersedia sepenuhnya untuk bertudung.

Namun, hari ini Memey yang dihubungi mengakui bahawa dia kini sudah membuat keputusan untuk kekal bertudung. Memey juga sebenarnya pernah menyatakan hasrat kepada suaminya Norman Hakim untuk kekal bertudung sejak seminggu lalu namun tidak menghebohkan niatnya itu.

"Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung," ujar Memey sebentar tadi.

"Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,".

"Abang (Norman) sangat gembira dengan perubahan ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa," ujar Memey lagi.

ohartis-memey-suhaiza-bertudung-2

ohartis-memey-suhaiza-bertudung-3

ohartis-memey-suhaiza-bertudung-4

Menjawab persoalan adakah Memey akan meninggalkan bidang lakonan dek kerana penghijrahannya, Ibu kepada baby Darwish Hakim ini menjawab; tidak akan melupakan bidang lakonan walaupun telah berhijrah kerana dia mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang lakonan yang sekian lama diceburinya.

"Buat masa ini saya memang mahu beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi, saya akan terus berlakon selagi mendapat tawaran. Saya tidak akan terus berhenti kerana lakonan adalah minat saya. Namun, saya tidak nafikan mungkin tawaran itu akan berkurangan. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin rezeki ada di mana-mana." Akur Memey.

OHARTIS: KAMI TUMPANG GEMBIRA DENGAN PERUBAHAN MEMEY SUHAIZA, KEKALKAN DAN TERUSKAN ISTIQAMAH. KEEP IT UP MEMEY!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan