Ning Baizura - Google Blog Search |
<b>Ning Baizura</b> Perkenalkan Ryan, Seronok Jadi Ibu - Gua.com.my Posted: 16 May 2013 07:55 AM PDT Setelah beberapa bulan menyembunyikan putera sulung mereka, Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton akhirnya memperkenalkan Ryan Sky Dalton untuk tatapan umum. Ning dan Omar telah mengadakan satu sidang media khas di Neo Tamarind, Jalan Sultan Ismail pada Khamis bagi memperkenalkan Ryan. Bercakap kepada pihak media, Ning melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk memperkenalkan Ryan setelah berumur tiga bulan akhirnya terlaksana. Dalam masa yang sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana menghormati keputusannya untuk memperkenalkan Ryan di awal kelahirannya. "Alhamdulillah, hari ini saya dapat memperkenalkan cahayamata kami, Ryan Sky Dalton kepada umum. Ini kali pertama saya menjadi seorang ibu, manakala pengalaman kedua Chris menimang cahayamata. Terima kasih kepada pihak media kerana menghormati keputusan kami sebelum ini. Kami enggan memperkenalkan Ryan kerana mengikut pesan ibu saya. Katanya, biarlah bayi kami tu berusia tiga bulan, barulah boleh kalau hendak bawa atau perkenalkan kepada semua. "Seronok menjadi ibu. Ia satu pengalaman yang kita tak boleh dapat daripada buku. Saya bersyukur kerana suami dan ibu saya banyak memberi sokongan dalam hal-hal penjagaan bayi. Saya mungkin bukanlah ibu yang terbaik, tapi saya akan cuba memberikan yang terbaik", ujar Ning berkongsi cerita. Selain memperkenalkan anaknya, majlis itu turut menyaksikan pelancaran video muzik lagu terbarunya, 'Pelangi Untukmu' yang dicipta dan ditujukan khas untuk buah hati sulungnya itu. Ryan Sky Dalton selamat dilahirkan pada 31 Januari 2013 pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.47kg. Tarikh itu cukup bermakna kerana ia merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinan Ning dan Omar. |
You are subscribed to email updates from Ning Baizura - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan