Nuffnang

Khamis, 9 Mei 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Takut Tidak Jadi, Aiman Hakim Ridza Enggan Komen Bercinta <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 07:57 PM PDT

Beberapa minggu lalu, kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila ada gossip mengatakan yang pasangan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia bermesra sakan sebelum sama sama berlepas ke Paris.

BACA: Nur Fathia Dan Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA?

Namun kenyataan terbaru dari mulut Aiman Hakim Ridza sendiri menafikan yang mereka berkelakuan seperti yang di'gambarkan petugas KLIA & jauh dari apa yang di'bayangkan oleh para peminat.

"Sejujurnya, saya hanya meletakkan tangan atas bahu Nur Fathia. Ia lebih bersifat santai. Tapi bab berpegangan tangan itu, saya tidak mahu komen," ujar Aiman Hakim Ridza kepada Berita Harian.

Ditanya sama ada benar beliau dan Nur Fathia kini sedang bercinta, Aiman Hakim Ridza memilih untuk tidak bercakap soal peribadi atau cinta kerana takut tidak jadi seperti yang di'harapkan.

"Untung mengaku setiap hubungan adalah pasangan kekasih, ia terlalu kebudak-budakan bagi saya. Kalau boleh saya nak pelihara soal peribadi ini dulu — bimbang tak jadi pula apa yang diharap"

Tasha Shilla, <b>Nur Fathia</b> Habis RM26,000 Berbelanja Sakan Di Kota <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 05:46 PM PDT

Mungkin lebih lagi tetapi itulah jumlah yang di'laporkan oleh Harian Metro keluaran hari ini akan perbelanjaan mewah Tasha Shilla & Nur Fathia ketika mereka berada di kota fesyen terkenal, Paris.

Tasha Shilla di'khabarkan telah membeli dua kasut tumit tinggi jenis pumps berjenama Christian Louboutin yang masing masing berharga RM4,000 & RM5,800. Bukan kasut orang kebanyakkan. Heh.

Selain menunaikan impian memperagakan kasut jenama terkenal Christian Louboutin itu di kota Paris, Tasha Shilla turut membawa pulang sebuah beg tote berjenama mewah Prada bernilai RM6,000.

Nur Fathia pula tidak melepaskan peluang untuk membeli sebuah beg tangan jenama Chanel yang berharga hampir RM10,000 selain beberapa barangan lain termasuk kasut jenama Christian Louboutin juga.

Siapa kata bergelar pelakon hari ini tidak mampu survive dalam Malaysia? Berikut adalah beberapa keping gambar Tasha Shilla & Nur Fathia bersama Fizo Omar juga Aiman Hakim Ridza di kota Paris. Enjoice!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan