Nuffnang

Isnin, 13 Mei 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Luahan hati <b>Syamsul Yusof</b> buat Ammar Alfian Aziz - Media Malaya

Posted: 02 May 2013 05:30 PM PDT


Tiga hari lepas, Ammar (bekas teman lelaki kepada Puteri Sarah Liyana) telah membuat kenyataan di media bahawa bekas kekasihnya itu mempunyai hubungan dengan pengarah popular, Syamsul Yusof sejak Oktober 2012. Sehari selepas itu, berlaku perang di twitter antara Ammar dan Syamsul di mana masing-masing menyindir antara satu sama lain. Berkenaan dengan perang twitter itu, Syamsul telah meluahkan isi hatinya di fanpage Facebook semalam berkenaan isu ini. Luahan penuh Syamsul selepas ini.

Assalamualaikum buat semua pembaca,moga kalian sihat dan dirahmati Allah.

Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya.Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.

Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan.Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya?Dengan begitu bangga menghina aku,keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?MasyaAllah kawanku,jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu,kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu,juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum.Sedarkah kamu kwnku?

Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip.Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim.Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.

Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku.Aku maafkan kamu kwn.Aku sedih melihat kita berbalah,memfitnah dalam dunia maya.Kita hidup tidak lama..Mengapa perlu ditambah 'bekalan yang tidak sepatutnya' untuk dibawa ke 'sana'..

"Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas." #sabda Rasulullah.

Akhir kata,Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan