Nuffnang

Jumaat, 10 Mei 2013

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


Adegan Panas Dipotong : “Tuhan Sayangkan Saya” – <b>Wan Sharmila</b>

Posted: 01 May 2013 12:29 AM PDT

Wan Sharmila

Sepanjang menceburi dunia lakonan, memang jarang-jarang ada cerita kontroversi dan gosip liar yang mengaitkan nama Wan Sharmila. Lantas dia senang dikenali dengan status 'artis kurang kontroversi' (sehingga kini).

Namun menerusi lakonan dalam filem pertamanya, Bisikan Syaitan, pelakon kecil molek ini mengakui risau dan merasakan dirinya mungkin dihambat kontroversi kerana ada aksinya bersama pasangan pelakon, Fizz Fairuz melakukan babak berpelukan di atas katil.

Tetapi mujur sebahagian adegan tersebut dipotong oleh pihak berwajib, Lembaga Penapisan Filem (LPF). Sekaligus memberikan satu berita gembira dan melegakan buat empunya nama sebenar Wan Sharmila Wan Muhamad, 31.

"Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya, "Tuhan sayang saya... agaknyer kot". Sebab biasalah, bila keluar babak-babak sebegitu, pasti akan ada kontroversi. Sikit sebanyak adegan tu jadi bualan orang nanti. Itu yang saya tak mahu.

"Tapi bila saya dah tonton tadi (semalam), terus saya terfikir, Tuhan sayang saya. Mungkin pemotongan itu ada hikmahnya. Tak payah nama saya nak dipanas-panaskan lagi, kan...? Tak payah orang lain nak fikir buruk, atau sewenang-wenangnya memberi anggapan negatif nanti", luahnya yang turut memberitahu tidak sanggup berhadapan dengan situasi seperti sebelum ini apabila dia pernah dikaitkan dengan isu seksi.

Difahamkan sewaktu melakonkan adegan itu pun, Wan Sharmila ada meletakkan had pada Fizz agar tidak terlalu berlebihan dan aktor itu menghormati permintaannya.

"Bukan lah bermaksud saya ni nak jaga sangat-sangat. Sebab bagi saya kerja adalah kerja. Kalau ditakdirkan keseluruhan babak panas itu diluluskan, saya terima tapi saya harus bersedia untuk berdepan dengan apa yang orang akan kata nanti.

"Tapi bila pihak produksi cakap ada potongan dan tidak ada apa-apa yang ekstrem yang dipertontonkan pada penonton, saya berasa lega. Cuma impak untuk cerita tu mungkin terjejas sikit lah. Sebab, saya rasa penonton juga perlu tahu kenapa adanya babak-babak sebegitu. Kalau ditunjukkan secara keseluruhan babak panas tu, saya rasa lebih teliti lah jalan cerita filem ni. Tapi, ini Malaysia kan... kita faham.", ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila baru saja usai menjalani penggambaran sebagai pengacara untuk sebuah program game show Seiring Jalan, terbitan RTM. Program 13 episod itu bakal ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu dia juga  sibuk dengan penggambaran beberapa telemovie.

Tiada ulasan:

Catat Komen