Nuffnang

Isnin, 24 Jun 2013

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Hanez Suraya & <b>Awi Rafael</b> Sudah Putus Cinta | - Beautifulnara

Posted: 22 Jun 2013 07:21 PM PDT


Yeah ~~ Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana yang sudah jatuh cinta dengan Hanez Suraya. Tuan punya badan menerusi BiPop hari ini telah mengesahkan yang percintaannya dengan Awi Rafael sudah pun berkubur. Inilah masa untuk anda masuk line!!!
hanez surayaMenurut Hanez, hubungan mereka sudah lama bermasalah. Namun Hanez enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengecewakan peminat yang menaruh harapan tinggi terhadap hubungan mereka. Kata Hanez:-

Sudah lama hubungan kami bermasalah tetapi saya dan Awi cuba sembunyikan dan berusaha menyelamatkannya. Namun lama kelamaan, saya bertanya kepada diri, sampai bila harus berpura-pura sedangkan antara kami semakin hari semakin jauh.

Mereka yang dekat juga menyedari perkara ini, malah cuba bertanya kesahihan hubungan kami. Cuma saya memilih untuk berterus terang kerana tidak mahu memburukkan sesiapa.

Tetapi apabila Awi terus berdiam diri, ia tidak adil buat saya yang cuba mencari jawapan dan kepastian dalam hubungan kami. Di situ saya sedar, percintaan kami sedang mendekati noktah.

hanez suraya

Apa yang membuatkan Abang Nara menghormati Hanez Suraya ialah sikapnya yang tidak akan memusuhi Awi Rafael walaupun hubungan mereka sudah berkubur. Itu satu langkah yang bijak. Mana tahu hari ini putus cinta, minggu depan tup-tup bertaut kembali. Kata Hanez lagi:-

Dia pernah hadir dalam hidup saya, malah sempat setahun bertakhta sebagai insan paling bermakna di sudut hati jadi saya hanya mengingati yang manis antara kami. Saya faham dia sedang mencari kepuasan dalam kerjaya. Cita-citanya terlalu tinggi dan barangkali berat untuk dicapai jika saya ada bersaa.

Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalam menarik diri daripada terus menjadi beban dalam hidup Awi. Saya tidak akan memusuhinya, malah sentiasa mendoakan kejayaannya. Andai nanti apa yang diimpikannya berhasil, saya akan menjadi orang yang paling gembira.

awi rafael

Abang Nara pasti ramai lelaki yang sanggup menerima Hanez Suraya sebagai beban di dalam hidup mereka. Jangan lupa ambil nombor giliran untuk mengorat Hanez. Nombor boleh didapati dengan menghantar email kepada Abang Nara. Hehehe. Kepada Hanez dan Awi, semoga kehidupan "single" akan membantu anda berdua lebih berjaya di dalam kerjaya.

P.S:Gambar jerebu di Johor

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan