Syukur sangat-sangat Abang Nara melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.
Abang Nara tak sempat nak check sama ada mereka bertiga di bawah satu misi yang sama atau berlainan. Yang pastinya, Afdlin Shauki ada bersama-sama dengan Bront Palarae. Mungkin Zain Saidin pergi dengan kumpulan yang lain. Apa pun sama-sama kita doakan agar mereka bertiga selamat sepanjang berada di Gaza.
Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).
Nama Sebenar: Nasrul Suhaimin Saifuddin Tarikh Lahir: 27 September 1978 Umur: 35 tahun Asal: Alor Setar, Kedah Kerjaya: Pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 Filem: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setam, Remp-it V3, Belukar. Filem yang Bakal Keluar: Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).
• Bront pandai bertutur dalam bahasa Siam kerana mempunyai darah Siam. • Pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. • Memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys. • Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama dua musim. • Pada tahun 2005, Bront menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. • Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein. • Pada tahun 2010, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuknya meneroka bidang penerbitan filem. • Bront pernah ke Gaza bagi misi kemanusiaan bersama Zain Saidin dan Afdlin Shauki. • Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres baru, Christina Suzanne, namun gosip itu akhirnya senyap begitu sahaja.
"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Dah dapatkan GLAM LELAKI terbaru? Bront Palarae uals as cover guy! Baru dapatkannya malam semalam. Ingatkan nak terus entry ni semalam tapi tak ada mood ngko...... Ye la semalam lepas keluar tu bila tiba je umah ingatkan nak chas bateri kamera, carik macam nak rak ngko. Seingat aku, aku letak charger bateri tu kat satu tempat je, tapi seriusly tak jumpa..... Nak kata aku salah letak, tunggang terbalik jugak rumah tu aku kerjakan semata-mata nak carik tapi non hadoooo... Itu yang pertama, yang kedua besoknya (pagi tadi ler tu) kena kerja ngko. Ko bayangkan penjawat awam macam aku ni, hari Ahad kena kerja, maunya tak meroyan. Hah kesudahnya tak koser aku nak bukak laptop nak online bagai...
Tapi hari ni bila mood dah stable barulah ada nafsu sikit nak buat entry ni. Bront Palarae? Ahaks good choice! Wokey edisi kali ni GLAM LELAKI nak highlightkan 100 senarai sumber stail, gaya hidup, shopping, gajet dan grooming bagai. Ala-ala direktori laa.... excited jugak bila baca. Yang lain-lain tu kena beli dan baca sendiri..... Chauu, nak tengok ANTM cycle 19 kat STARWORLD HD. First episode ngko...
Sinopsis Filem Kolumpo Arahan Bront Palarae| Filem genre drama komedi iaitu KOLUMPO dibarisi oleh bintang yang sudah pun mengukir nama di persada seni tanah air iaitu Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff.
Filem yang diarahkan dan ditulis oleh Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim diterbitkan oleh Otto Films Sdn Bhd.
Filem ini adalah cerita yang berkisarkan tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.
Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur yang datang untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh muflis. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke yang juga seorang mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di Kuala Lumpur. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk yang ingin mencari rumahnya sepanjang hari. Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang ketinggalan tren terakhirnya. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.
Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal mencuit hati dan menggegar jiwa para penonton.
Kalau kita lihat semasa acara Urbanscapes 2012 lalu, ada beberapa orang yang memakai kotak hitam di kepala yang bertulis KOLUMPO dan kami yakin ianya salah satu medium yang sangat kreatif untuk mempromosikan filem terbaharu karya Bront Palarae di kalangan anak muda kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan