Nuffnang

Ahad, 30 Jun 2013

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Hidup <b>Faezah Elai</b> Kelam Kabut Sejak Menjadi Ibu | Skynightz

Posted: 24 May 2013 07:38 AM PDT

Dalam keseronokkan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan kini ibu, pelakon Faezah Elai mengakui hidupnya agak kelam kabut. Ini kerana dia masih dalam proses membiasakan diri membahagi masa antara tanggungjawab di rumah dan komitmen pada kerjaya lakonan. Lebih-lebih lagi sekarang dia perlu menumpukan perhatian lebih pada puteri sulungnya, Dealova Heyrinna yang baru berusia tiga bulan. Apatahlagi Faezah memberitahu buat masa ini dia tidak mempunyai pengasuh kerana pengasuh lamanya sudah berhenti.

"Alhamdulillah, bergelar ibu sangat menyeronokkan. Tapi agak kelam kabut juga lah. Sebab saya nak fokus pada anak dan juga penggambaran. Baby pun masih menyusu badan. Dan sekarang pengasuh kami pula dah berhenti. Jadi, itu yang buat saya agak kelam kabut sikit tu", katanya berkongsi serba sedikit mengenai kehidupannya ketika ditemui baru-baru ini.

faezah_elai_anak

Pelakon berusia 30 tahun ini melahirkan anak sulungnya pada 6 Februari lalu di sebuah hospital di ibu kota. Pun begitu Faezah berkata dia masih boleh menguruskan hal rumah tangganya memandang ketika ini dia masih lagi belum menerima banyak tawaran. Mujur juga suaminya, pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah rajin membantu. Begitu juga dengan tiga orang anak tirinya yang begitu menyayangi adik mereka.

"Suami, dia okay. Dia banyak membantu saya lah. Kalau anak menangis tu dia dukung. Dia tolong apa yang patut. Dia dah memang biasa jaga budak-budak. Cuma nak menyusukan anak jer dia tak boleh", ujar pelakon Tanda Putera ni dengan nada bergurau.

Kemudian menambah, "Anak-anak pun okay. Mereka seronok dapat adik dan masing-masing memang boleh diharap untuk menjaga adik mereka. Terutama yang si kakak, asyik nak dukung jer adik dia. Sampai kadang-kadang adik dia tertidur atas bahu dia". Ujar anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, apa cara sekalipun dia pasti akan mendapat pengasuh baru sebaik saja pulang bercuti bersama keluarganya nanti.

"Saya sekeluarga nak pergi bercuti ke Sydney, Australia pada 27hb ni. Dalam 10 hari kami di sana. Lepas balik dari sana nanti, saya mesti dapatkan pengasuh. Supaya tak lah kelam kabut sangat nanti.

"Tapi sejak ada anak ni memang saya semakin memilih watak dan menghadkan masa saya di lokasi. Saya boleh shooting sampai jam 11 malam jer. Lepas tu saya kena balik rumah", katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Di Bawah Satu Langit, tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan