Nuffnang

Jumaat, 28 Jun 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Umum Bakal Bernikah Pada Februari 2014 |

Posted: 26 Jun 2013 05:50 AM PDT


Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.

misha kahwin

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.

misha tunang

Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.

P.S: Teaser Mazda 3 2014 dipertontonkan oleh Mazda US

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Misha Omar</b> Bakal Berkahwin Februari 2014 | ROTIKAYA

Posted: 26 Jun 2013 01:45 AM PDT

Penyanyi yang popular dengan lagu "Pulangkan" dan juga "Angin Syurga" Misha Omar mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin pada Februari tahun depan di Kota Baharu, Kelantan.

"Alhamdullilah setelah ditangguhkan selama dua tahun, kami akhirnya telah sepakat untuk mengumumkan berita perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan," ujarnya yang ditemui di majlis Memperkenalkan Duta Produk Colourland di The Bee, Publika, siang tadi.

Namun begitu Misha memberitahu tarikh sebenar masih belum diputuskan oleh kedua-dua belah pihak kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya namun begitu mungkin selepas raya akan diumumkan.

"Saya memilih bulan Februari bersempena genap dua tahun kami mengikat tali pertunangan tambahan pula pada saya bulan Februari sangat manis. Namun begitu saya menanti kedua-dua belah pihak untuk membincangakan secara lebih lanjut selepas raya."

Melihat rakan-rakan dan juga para peminat yang sememangnya ramai di Kuala Lumpur membuatkan hati Misha berbelah bahagi untuk membuat majlis di sini, permintaan keluarga harus ditunaikan dan mereka bakal membuat majlis di kota Baharu iaitu tempat kelahiran Misha Omar.

"Saya harus akur dengan permintaan keluarga, lagipun keluarga saya memang ramai di sana dan kami sebulat suara telah merancang untuk mengadakan majlis pernikahan di sana."

Tambahnya lagi, dia berasa lebih tenang dan seronok untuk menjalani kehidupan sekarang dan kini semakin produktif di dalam melayari kehidupan sebagai anak seni yang sudah bertapak selama 11 tahun di Malaysia.

"Lega rasanya dapat bercerita mengenai hari besar saya nanti, kehidupan saya juga semakin produktif kerana tahun ini sahaja jadul kerja saya sangat penuh, dengan lakonan dan ada juga menjayakan teater. Saya semakin selesa sekarang," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Misha Omar bakal keluar dengan single terbaru dan juga album eempatnya tidak lama lagi, kami doakan Misha dipermudahkan urusan hingga tiba hari bersejarah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan