Nuffnang

Ahad, 16 Jun 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Enggan Berniaga, Harapkan Hasil Anak Seni!

Posted: 12 Jun 2013 08:00 PM PDT

Pada: Khamis, 13 Jun 2013
Pelakon Remy Ishak memang seorang yang pelik, ramai kawan artisnya yang kini masing-masing memulakan perniagaan sebagai alternatif lain untuk mendapatkan hasil atau pendapatan di masa akan datang jika tidak terdapat tawaran atau pun sudah beralih untuk tidak berlakon lagi. Namun Remy enggan berbuat demikian.

Dengan kata acuh tak acuh, Remy yakin dengan pendapatannya sebagai anak seni akan mampu mambawa dirinya lebih jauh di masa akan datang tanpa membuka apa-apa jua bidang perniagaan seperti artis yang lainnya. Mengikuti jejak langkah Allahyarham, Tan Sri P Ramlee, yang dengan hasil anak seni, beliau dikenang sehingga selamanya.

gambar Remy Ishak bersama Maskot di Korea Selatan baru-baru ini
"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tetapi saya lebih percaya kerja lakonan adalah rezeki saya dan Insya-Allah ia boleh menjana pendapatan untuk kehidupan saya.

"Jika individu itu telah meletakkan tempoh masa selama lima tahun sahaja mahu berada dalam industri ini, maka lima tahun sahajalah dia berada di bidang ini.

"Walaupun ada yang kurang yakin dengan kerja seni yang mereka buat, tetapi saya pula percaya, selagi ada hayat, saya akan jadikan kerja lakonan sebagai punca pendapatan untuk periuk nasi saya," Remy Ishak. -mStar

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan