Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
Daphne Iking Mahu Kenali <b>Sharnaaz Ahmad</b> – Perak Today Posted: 07 Jun 2013 06:50 AM PDT Pelakon dan pengacara, Daphne Iking mengakui teruja untuk mengenali dengan lebih dekat pelakon Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini hanya mengetahuinya menerusi kontroversi. Daphne, 34, yang berpeluang bergandingan bersama pelakon tersebut dalam filem terbaharu arahan Bade Haji Azmi berjudul Sindiket berkata, dia sering mengikuti perkembangan aktor itu. "Saya tidak pernah berjumpa dan bekerjasama dengan Sharnaaz sebelum ini, tapi saya banyak dengar cerita dia termasuk kontroversi yang berlaku kerana saya salah seorang daripada peminat Shila Amzah. "Pertama kali jumpa dia saya lihat dia seorang yang kacak dan cool juga. Saya tidak sabar untuk bergandingan dengannya dalam filem itu dan mengenali sendiri pemuda itu," katanya. Sementara itu, Dahpne yang bakal memegang watak Inspektor Sabrina mengakui menjadikan bapanya yang merupakan seorang anggota polis sebagai sumber inspirasi. "Watak polis mencabar bagi saya kerana saya takut dengan pistol, nak pegang pun saya menggigil. Tapi apa yang seronok ialah saya akan bercakap dalam bahasa Sabah dan berlakon di sana ibarat balik kampung. "Tapi saya tidak risau kerana ayah saya seorang polis, dia tegas dan saya akan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi dalam melakonkan watak ini," katanya. Filem Sindiket akan menjalankan penggambaran di Kundasang, Sabah sejak awal Jun ini. Filem ini membariskan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. Sementara itu, Daphne yang kelihatan agak kurus, mengakui sedang mengamalkan diet bagi menjaga kesihatannya daripada penyakit kronik. "Saya sekarang sedang diet dan tidak mengambil makanan bergula bagi menjaga kesihatan. "Keluarga saya ramai yang menghidapi penyakit kanser jadi saya perlu berhati-hati dan jaga pemakanan daripada sekarang, ia bukan kerana untuk kurus dan cantik sahaja," katanya. Jelasnya, dia bukan sahaja mengamalkan diet seimbang, malah melakukan pelbagai teknik senaman mengikut jadual yang telah ditetapkan. -mStar |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan