Nuffnang

Sabtu, 8 Jun 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Ibu <b>Zizan Razak</b> Akui Hubungan Zizan Dan Emma Maembong | Oh <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 12:22 AM PDT

ohartis-emma-maembong-zizan-razak

Baru-baru ini kecoh di laman internet tentang siapakah gerangan gadis yang telah berjaya mencuri hati pelawak Zizan Razak sehingga gadis itu sanggup menghadiahkan Zizan sebuah Iphone 5 sempena harijadinya. Teka-teki demi teka-teki yang timbul sehingga ada yang membuat andaian bahawa gadis itu adalah pelakon cantik manis Emma Maembong.

Namun, Emma menafikan bahawa dia adalah gadis itu malah dia tidak tahu siapa gadis yang telah bertahta dihati Zizan. Tetapi kini, kami mendapat pengakuan daripada ibu Zizan Razak iaitu Puan Anai Ibrahim sendiri bahawa hubungan anaknya Zizan dan Emma sudahpun terjalin selama 2 tahun, namun tidak tahu sejauhmana hubungan mereka.

"Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu. Ibu Zizan mengakuinya.

"Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar." tambahnya lagi.

Menurut Puan Anai lagi, dia tidak menghalang dengan siapa Zizan ingin menjalin hubungan istimewa dan sedia menerima sesiapa pun pilihan Zizan dengan hati yang terbuka asalkan gadis itu memahami Zizan seadanya.

"Zizan tidak pernah sorok kepada saya jika dia sedang suka serta berkenan dengan seseorang itu. Dia akan terus membawa wanita itu berjumpa saya. Apa-apa pun, saya tidak kisah siapa pilihan bakal isteri Zizan, asalkan wanita itu faham akan kerjayanya yang sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mengira masa." Jelas Puan Anai lagi.

OHARTIS: KALAU ZIZAN DAN EMMA MAEMBONG BERCINTA PUN APA SALAHNYA. SAMA CANTIK SAMA PADAN, PAKEJ PULAK TU SAMA-SAMA DARI TERENGGANU. POWER ZIZAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan