Nuffnang

Ahad, 21 Julai 2013

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


[ISU POLIGAMI ASHRAF MUSLIM] Pelakon <b>Aqasha</b> <b>...</b> - celah gelegar

Posted: 18 Jul 2013 06:44 PM PDT


Sejak berita mengenai perkahwinan kali kedua Ashraf Muslim bersama bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand tersebar di media, ramai pihak yang cuba menyatakan pendapat serta memberi respon berhubung isu tersebut. Mungkin ada yang memandang perkara berkenaan ke arah sudut yang positif dan ada juga sebaliknya.

Namun begitu, menerusi laman Twitter milik Aqasha, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu itu turut memberi respon mengenai isu poligami dengan memuat naik status berbunyi :

Orang bercerai ada yang bising, orang tambah isteri pun ada juga yang bising. Inilah hakikat, yang patut ada 1 tu tuhan je. Hehehe.
Status Aqasha itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang peminat dan menerusi respon berbalas yang diberikan oleh individu terbabit, Aqasha telah menegur dengan menyatakan bahawa, jangan bercakap mengenai isu rumahtangga jika anda belum berkahwin.
Dalam pada itu, Aqasha turut menegaskan bahawa tidak salah untuk berkahwin di Siam dan melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang positif.  
Bagaimanapun isu poligami ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang arif sahaja dan sebagai orang luar, lebih elok sekiranya isu seperti itu tidak diulas dengan lebih lanjut kerana dikhuatiri akan mengguris hati pihak tertentu.

Untuk makluman, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli telah bernikah dengan wanita pilihannya, Noor Baizura pada tanggal 10 Oktober 2010 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.  - OhBulan

JAKIM sahkan suami tak perlu minta izin Isteri Untuk Berpoligami

Sebelum ini Berita Harian melaporakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata sebaliknya keputusan sama ada lelaki berkenaan dibenarkan berpoligami atau tidak bergantung kepada budi bicara Mahkamah Syariah.


Bagaimanapun, beliau berkata kebiasaannya Mahkamah Syariah akan memanggil isteri pertama untuk memaklumkan bahawa suami bakal berkahwin satu lagi.

"Mengikut sistem perundangan Islam suami memang tidak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami.

Perlu buat permohonan

"Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang mahu berpoligami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi menentukan sama ada layak atau tidak berkahwin lebih dari satu," katanya ketika di temui BH di sini.

Othman diminta mengulas laporan media mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.

Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Sebelum ini, BH melaporkan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dipetik sebagai berkata suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

Ambil masa 21 hari

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Zainul Rijal berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.

"Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri.

  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan