Nuffnang

Selasa, 23 Julai 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> Sahkan Kahwin Tahun Ini - Gossip Artis Malaysia

Posted: 20 Jul 2013 09:42 PM PDT

Pada: Ahad, 21 Julai 2013 Dalam tak disangka Diana Amir akan berkahwin dengan seorang pensyarah yang juga tunanganya, Habib. Maka dengan itu, maka genap la usia pertunangan mereka setahun memasuki Ogos ini.

Bab kahwin ini pula, Diana tidak nafikan mereka berdua sangat sibuk dan kemungkinan merancang akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini walaupun persediaan masih lagi 0%.

Menurut sumber Murai itu lagi, Diana juga akui yang Habib kini sibuk menyambung pendidikan tahap Master di USM

"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu perisapan pun sehingga kini belum disiapkan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"-Diana Amir

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

<b>Diana Amir</b> Bakal Nikah Pensyarah Hujung Tahun Ini - Murai.com.my

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2013: Meskipun Ogos ini merupakan genap setahun tali pertunangan pelakon dan pengacara, Diana Amir dengan pensyarah UiTM, Mohd Habib Bullah A.Rahman, namun pelakon yang bernaung di bawah syarikat Metrowealth Sdn Bhd (MIG) ini akui mereka masih belum ada tarikh yang tetap untuk majlis pernikahannya.

Diana Amir berkata disebabkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, dia menjangkakan majlis pernikahannya akan diadakan pada penghujung tahun ini.

"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu perisapan pun sehingga kini belum disiakan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"katanya kepada murai.com.my selepas majlis Iftar MIG di Restoran Shogun, Sunway Pyramid, semalam.

Bagaimanapun kata Diana, dia tidak mendesak tunang dan keluarga pihak lelaki kerana memahami yang tunangnya kini sangat sibuk menguruskan banyak hal.

Difahamkan Habib sedang menyambung pengajian peringkat Master di Universiti Sain Malaysia (USM). Selain itu, Habib turut membantu menguruskan perniagaan yang dijalankan Diana.

Seperti pasangan bertunang yang lain, Diana tidak menafikan dalam tempoh itu, mereka turut berdepan dengan dugaan. Namun setiap dugaan yang datang itu dapat ditempuhi.

"Dugaan paling besar adalah kami kena saling faham memahami antara satu sama lain. Keluarga dia banyak berpesan pada saya, kalau pun kami ada selisih faham, kami perlu banyak sabar. Kami kena jaga batas agama. Kami tak boleh nak rapat sangat.

"Jadi kami selalu elakkan perbualan yang akan menimbulkan pergaduhan. Selalu elak keluar dating berdua tapi kalau jumpa pun sebab hal kerja. Saya pun sehingga kini boleh bersabar lagi, kerana kami pun tak lama lagi dah nak kahwin," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Diana barusahaj terbitkan sebuah buku berjudul Titisan Mahabah yang dijual dengan harga RM16.90 di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Komen