Nuffnang

Rabu, 17 Julai 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fahrin Ahmad</b> Dilantik Duta Alicafe - Gua.com.my

Posted: 08 Jul 2013 09:00 AM PDT

Pelakon serta pengacara, Fahrin Ahmad hari ini secara rasmi dilantik menjadi duta bagi jenama rangkaian kopi terkemuka, Alicafe Tongkat Ali. Perlantikan Fahrin diumumkan dalam satu majlis sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Power Root, YM Tengku Shamsulbhari bin Tengku Azman Shah serta Pengarah Eksekutif, See Thuan Po, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, pada Isnin.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas rezeki yang dilimpahkan kepada saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Power Root kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama mereka.

Saya teruja dan bangga dapat bekerjasama dengan jenama yang diiktiraf di pasaran ini kerana selain bertanggungjawab mempromosikan produk ini, saya juga dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat seperti yang cuba diketengahkan menerusi slogan baru Power Root," ujar Fahrin kepada GUA.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Power Root, See Thuan Po, pemilihan Fahrin dibuat kerana reputasi bersih serta paparan imej baik yang ditonjolkan oleh pelakon drama siri 'Rindu Bertamu di Abu Dhabi' itu sekaligus dapat memberi inspirasi kepada semua terutamanya generasi muda.

"Imej positif Fahrin sangat sesuai dengan slogan baru kami yang mengetengahkan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Kami yakin Fahrin mampu menyampaikan kelebihan produk kami sekaligus memberi inspirasi kepada masyarakat."

Pada majlis tersebut kumpulan Power Root turut  memperkenalkan slogan baru mereka, 'Kuat!, Kecergasan Berganda!' di mana 'Kuat' bermaksud 'Keberanian', 'Usaha', 'Akhlak' dan 'Taat'. Selain itu, Power Root turut memperkenalkan dua varian baru iaitu 'Alicafe Tongkat Ali Lemak Rendah' serta 'Alicafe Tongkat Ali Lemak Rendah Tanpa Gula Tambahan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan