Nuffnang

Sabtu, 27 Julai 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Masak Sambal Sardin Untuk Suami - Gua.com.my

Posted: 22 Jul 2013 11:35 PM PDT

Aktres jelita, Liyana Jasmay, 25 menceritakan pengalaman pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri kepada Fathuddin Mazlan, 29.

"Buat masa sekarang, saya tidak memasak sangat kerana kini saya berada di rumah keluarga saya di Kemensah. Dalam minggu ini, saya akan pulang ke Sabah bersama suami dan di sana akan bermulalah perjalanan saya memasak untuk suami pada bulan Ramadan. Suami saya seorang yang ringkas sahaja. Dia sukakan masakan yang berasaskan sambal. Kalau untuk bersahur, dia suka sambal sardin. Kalau untuk berbuka pula, dia sukakan sambal sotong," cerita heroin drama 'Tudung Tweet' ini.

"Untuk bulan puasa ini, saya berehat sebentar. Sebelum Ramadan tiba, saya menjalani penggambaran filem 'Sindiket' dan drama bersiri terbitan syarikat Rosyam Nor. Jadi untuk bulan yang mulia ini, saya mahu berehat sebentar. Selepas sambutan Syawal, saya akan kembali menjalani penggambaran untuk drama bersiri 'Sahabat' dan selepas itu saya akan berehat semula. Saya akan kembali aktif pada bulan September atau Oktober tahun ini," jelas Liyana lagi.

Mengulas mengenai kehidupan Liyana selepas berkahwin, dia menjelaskan yang dirinya masih sama seperti dulu.

"Saya masih seperti yang dahulu, seorang yang gila-gila. Sebenarnya suami saya seorang yang 'fun'. Dia juga seorang yang kelakar dan sering buat lawak. Tapi orang lain tak nampak sebab  anggap dia pendiam. Kami selalu kongsi perkara bersama. Masa bujang dahulu, semua perkara tentang diri sendiri. Tapi sekarang semua perkara kita buat bersama," tutur Liyana lagi.

Untuk persiapan menyambut raya pula, mudah untuk Liyana dan suami merancang untuk beraya kerana mereka berjiran.

"Saya dan suami berjiran. Jadi tiada masalah untuk kami merancang untuk beraya. Pada pagi Aidilfitri, kami akan beraya di Kemensah. Pada sebelah petangnya pula, kami akan pulang ke Melaka dan Raya kedua akan disambut di Kuala Pilah," ujar Liyana yang bakal mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam dan ungu bersama suami pada Syawal ini.

Liyana bakal muncul dalam program 'Oh Kampungku!' sempena sambutan Aidilfitri ini di TV9. Program ini menceritakan pengalaman Liyana masuk ke kampung dan membuat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh orang kampung untuk menyambut raya. Liyana akan membuat kuih bahulu secara tradisional, masuk ke kebun dan mencari buluh untuk dibuat lemang.

Liyana menjelaskan pengalaman yang ditimbanya semasa menjalani penggambaran program ini adalah sangat menarik kerana Liyana dapat belajar tentang masyarakat kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan