Nuffnang

Selasa, 16 Julai 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Kongsi Kemeriahan Berterawih Di Bulan Ramadhan |

Posted: 14 Jul 2013 07:57 AM PDT


Ramadhan menjelma lagi. Pastinya di bulan baik, kesemua umat Islam berpusu-pusu melakukan ibadah di waktu malam selepas berpuasa di siang hari. Hanya di bulan Ramadhan surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi dengan manusia yang ingin mengerjakan solat terawih.

nora danish terawih

Pelakon comel, Nora Danish yang turut dikenali dengan nama Song Ji Hyo Malaysia turut sama tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Terawih. Memang terasa kemeriahannya apabila Nora berkongsi gambar-gambar dirinya dan keluarga bersama-sama mengerjakan amalan sunat ini.

nora danish terawih

Walaupun ada komen-komen negatif mengatakan yang kononnya Nora Danish ingin menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas menunaikan solat Terawih kerana berkongsi gambar, Abang Nara rasa Nora melakukan satu perkara yang betul. Dengan bilangan pengikut yang ramai di Instagram, mana tahu ada yang tergerak hati untuk mengerjakan terawih selepas melihat Nora berbuat demikian.

nora danish terawih

Ikhlas atau tidak, bukanlah tugas kita sebagai manusia untuk mengadilinya. Yang itu biarlah Dia sahaja yang mengetahui. Yang pasti, Nora Danish mengambil peluang di bulan Ramadhan untuk melakukan amalan yang dituntut. Tak gitu?

nora danish terawih

Semoga Nora Danish akan terus istiqamah menunaikan solat terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Lebih baik kalau turut sama bersedekah setiap malam ketika terawih untuk menambahkan lagi pahala. Apa pun, sama-samalah kita berdoa agar amalan kita akan diterima oleh Allah sepanjang bulan mulia ini. Amin.

P.S: Kia Picanto akan dilancarkan Oktober ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan