Nuffnang

Ahad, 28 Julai 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


merapu-merapusaje: <b>REMY ISHAK</b> YANG DIBENCI

Posted: 17 Jul 2013 12:50 PM PDT

Sejak cerita Nur Kasih, aku jadi haters Remy Ishak.
Aku tak suka sebab dia lelaki tak guna dalam cerita tu, konon nya dah baik balik dengan Nur tapi isteri no.2 dia abaikan, nyampah Yarabbi aku dekat mamat tu. Nak dijadikan cerita, waktu cerita ni ditayangkan ade cerita 'Project Runway' dekat 8tv, aku sorang je dalam rumah tu nak tengok cerita tu, orang lain semua nak tengok cerita 'Nur Kasih' yang aku benci sangat-sangat tu.
'Nur Kasih The Movie' Aku mengaku aku nak tengok cerita ni sebab nak tengok Adam MATI dalam cerita tu. Motif??? aku pun tak pasti. Dalam cerita tu dia dah sakit jantung kan? Aku dah happy la dia nak mati dah, alih-alih anak murid dia derma jantung lak ek kat dia, nyampah betul, memang la last-last dorang tunjuk Adam tu mati, tapi mati sakit tua, nyampah je, da la mati waktu melukis pulak tuh, huh.
Sejak cerita Nur Kasih yang dibenci tu aku memang da tak boleh nak tengok cerita yang ade Remy Ishak, pastu aku selalu panggil dia Bangla, entah kenapa. Balasannya dekat tanah suci kota Mekah hari tu ada penjual dekat sana tanya dekat aku 'Bangladishi?' huh, sentap habis (padan muka ko Sara mengata orang lagi. haha)
Tahap aku tak suka Remy Ishak, sampai semua cerita dia belakon aku harap dia mati, aku pun terpaksa tengok cerita 'Cinta Jangan Pergi' sebab mama aku nak tengok cerita tu, nasib baik mak aku tengok waktu dah last-last ade la dalam 4 episode je yang kitaorang tengok, mak aku terpengaruh dengan twitter isteri raja muda Pahang. Tekanan aku tengok cerita tu, aku harap Tiz ngan orang putih tu, lepas tu kuar lak cerita yang orang putih tu antara penyebab Remy hilang ingatan, waktu tu rase macam Nak Baling Je TV tu, nasib baik tu TV mak aku. hee. Antara dialog aku ngan mak aku waktu final episode
Aku: Harap-harap Remy Mati.
Mama: Dia ni sejak cerita tu nak dendam sampai sekarang tah hape-hape (sambil menunjukkan riaksi                 mara)
Aku: Orang nak Kalil tu Mati. Biarlah ni cerita je.
Mama: Ko sebut Remy Mati tadi.
Aku: Yeke (waktu tu lupa suda). haha. 
-so aku rase aku memang kena jumpa dengan pakar motivasi. macam ne aku nak lupa kan dendam dekat Remy Ishak yang tak bersalah ape-ape pun dengan aku tu, salahnya cerita tu, tayang waktu aku nak tengok cerita lain (Project Runway), hohoho. Eh lupe lak aku suke gila cerita 29 Febuari, mungkin aku tak suka Remy dalam cerita je cinta la kowt hee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan