Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
- Daphne Iking Mahu Kenali <b>Sharnaaz Ahmad</b> – Perak Today
- Jiwa Ini Masih Menyayangi Shila – <b>Sharnaaz Ahmad</b> | - BeautifulNara
- Elfaeza Ul Haq Berpasangan Dengan <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Gua.com.my
Daphne Iking Mahu Kenali <b>Sharnaaz Ahmad</b> – Perak Today Posted: 07 Jun 2013 06:50 AM PDT Pelakon dan pengacara, Daphne Iking mengakui teruja untuk mengenali dengan lebih dekat pelakon Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini hanya mengetahuinya menerusi kontroversi. Daphne, 34, yang berpeluang bergandingan bersama pelakon tersebut dalam filem terbaharu arahan Bade Haji Azmi berjudul Sindiket berkata, dia sering mengikuti perkembangan aktor itu. "Saya tidak pernah berjumpa dan bekerjasama dengan Sharnaaz sebelum ini, tapi saya banyak dengar cerita dia termasuk kontroversi yang berlaku kerana saya salah seorang daripada peminat Shila Amzah. "Pertama kali jumpa dia saya lihat dia seorang yang kacak dan cool juga. Saya tidak sabar untuk bergandingan dengannya dalam filem itu dan mengenali sendiri pemuda itu," katanya. Sementara itu, Dahpne yang bakal memegang watak Inspektor Sabrina mengakui menjadikan bapanya yang merupakan seorang anggota polis sebagai sumber inspirasi. "Watak polis mencabar bagi saya kerana saya takut dengan pistol, nak pegang pun saya menggigil. Tapi apa yang seronok ialah saya akan bercakap dalam bahasa Sabah dan berlakon di sana ibarat balik kampung. "Tapi saya tidak risau kerana ayah saya seorang polis, dia tegas dan saya akan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi dalam melakonkan watak ini," katanya. Filem Sindiket akan menjalankan penggambaran di Kundasang, Sabah sejak awal Jun ini. Filem ini membariskan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. Sementara itu, Daphne yang kelihatan agak kurus, mengakui sedang mengamalkan diet bagi menjaga kesihatannya daripada penyakit kronik. "Saya sekarang sedang diet dan tidak mengambil makanan bergula bagi menjaga kesihatan. "Keluarga saya ramai yang menghidapi penyakit kanser jadi saya perlu berhati-hati dan jaga pemakanan daripada sekarang, ia bukan kerana untuk kurus dan cantik sahaja," katanya. Jelasnya, dia bukan sahaja mengamalkan diet seimbang, malah melakukan pelbagai teknik senaman mengikut jadual yang telah ditetapkan. -mStar |
Jiwa Ini Masih Menyayangi Shila – <b>Sharnaaz Ahmad</b> | - BeautifulNara Posted: 27 Mar 2013 11:57 PM PDT Ah ~~ Memang bukan mudah untuk melupakan wanita yang pernah bertakhta di hati. Abang Nara memahami hati Sharnaaz Ahmad. Semalam, menerusi Berita Harian, lelaki ini mengakui yang dirinya masih lagi menyayangi Shila Amzah. Malah Sharnaaz mengakui yang dia masih lagi mengikuti perkembangan Shila Amzah walaupun mereka berdua telah berpisah. Tambah mengharukan, Sharnaaz secara bergurau menyatakan yang dia mungkin tidak akan mencari pengganti bekas kekasihnya itu. Kata Sharnaaz:-
Tak apalah Sharnaaz. Biasalah hati terluka selepas clash. Itu perkara normal. Lagi-lagi kalau bekas awek cun macam Shila Amzah. Nak cepat sembuh kena cari awek cepat-cepat. Dapat awek baru, confirm awek lama dilupakan. Itulah ubat percintaan yang paling mujarab. Tak gitu? P.S: Galaksi-galaksi terindah di cakerawala Baca Yang Ini Pulak:- |
Elfaeza Ul Haq Berpasangan Dengan <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Gua.com.my Posted: 26 May 2013 06:32 PM PDT Gadis ini mula dikenali selepas membintangi drama hit adaptasi novel, 'Adam & Hawa'. Gandingan beliau bersama Nadiya Nissa, Aaron Aziz dan Dazrin Kamarudin sememangnya menjadi, sekaligus melonjakkan namanya. Pelakon kelahiran Singapura ini tidak duduk diam apabila terus ditawarkan berlakon oleh pengarah tempatan. "Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana mereka bagi saya banyak peluang lakonan. Saya boleh terus asah bakat lakonan saya dan maju ke hadapan. Buat pertama kalinya saya akan menggalas watak utama untuk drama TV3 bagi slot Azalea. 'Iman Nabila' terbitan Suhan Movies ini akan menggandingkan saya dan Shahrizal Jaszle," ujarnya yang ditemui di majlis Amazing Red Kebaya & Kurung di The Weld. Selain itu, Elfaeza juga bakal muncul dalam beberapa buah drama lagi termasuklah siri komedi 'Ohsem Muzik Group' yang bakal menemui penonton TV3 Ramadhan ini. Kongsi Elfaeza lagi, drama ini memberikan kepuasan berbeza apabila dia seronok beraksi bersama-sama Black Mentor, Anas Mentor, Amir Jahari, Amyza Adnan dan ramai lagi. Elfaeza juga turut berkongsi pengalamannya berlakon bersama pelakon berbakat Sharnaaz Ahmad. Diam tak diam, mereka sebenarnya berkongsi sesuatu yang sama. Apatah lagi, Elfaeza juga akan digandingkan bersama Sharnaaz untuk satu sesi fotografi. "Sebenarnya sekarang kerjaya seni saya diuruskan insan yang juga menguruskan Sharnaaz Ahmad. Baru sebulan saya bernaung di bawah pengurusan yang baru ini. Saya dan Sharnaaz bakal muncul Jun ini dalam drama 'Mukhlis' yang akan ditayangkan di RTM. Sejujurnya saya dan Sharnaaz hanya kenal sebagai rakan sekerja sahaja. Dia seorang yang tak sombong di lokasi. Alhamdulillah, sepanjang pengambaran 'Mukhlis' kamisentiasa berkerjasama dan bantu satu sama lain untuk jayakan watak yang diamanahkan. Walaupun berkongsi pengurus yang sama, kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja," jelas gadis berusia 27 tahun ini. Pernah putus cinta kira-kira lima tahun lalu, Elfaeza tidak menolak seandainya dijodohkan dengan mereka yang juga berada dalam industri hiburan. Berserah kepada qada' dan qadar, Elfaeza menyerahkan segala-galanya kepada takdir. Misinya kini hanya satu, mahu mengukuhkan kerjaya dan menjadi seorang pelakon berbakat dan disegani. Mengakui masih lagi solo, Elfaeza sekarang menumpukan perhatiannya kepada kerjaya. Jelasnya, dia kini sedang berkerja keras bagi mengumpul duit buat persiapan Aidilfitri nanti. Dek kesibukan kerja yang melanda, dia jarang sekali pulang ke kampung halamannya untuk bercuti. "Baru-baru ini adalah saya balik sekejap. Itu pun sehari sahaja untuk menghadiri majlis cukur jambul anak buah saya. Tak lama lagi dah nak raya, jadi kenalah kumpul duit lebih sikit untuk diberi kepada anak buah,"akhiri Elfaeza yang mempunyai darah kacukan Pakistan. |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan