Adi Putra - Google Blog Search |
<b>Adi Putra</b> dimasukkan ke wad kecemasan - Isteri - Utusan Online Posted: 18 Aug 2013 09:22 PM PDT Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN GAMBAR Adi Putra yang sedang terlantar di sebuah hospital yang dimuatkan dalam Instagram milik isterinya, Zuhaidah Yusof dua hari lalu. KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini. Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan. "Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan," katanya ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Zuhaidah dalam laman Instagramnya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, ke hospital. Dua hari lalu, isterinya turut memuatkan gambar Adi sedang terlantar di hospital tetapi tidak memberikan penjelasan berhubung punca pelakon lelaki digilai itu dimasukkan ke hospital. Adi sebelum Aidilfitri lalu dilapor berada di Mekah kerana menunaikan umrah. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan