Nuffnang

Jumaat, 30 Ogos 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


GOSIP - <b>Arja Lee</b> Top 24 Akademi Fantasia 2013? - Gua.com.my

Posted: 19 Aug 2013 10:41 AM PDT

Berita ini baru sahaja GUA terima daripada sumber terdekat produksi yang terbabit dalam program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF).

Dikhabarkan bahawa pemilihan peserta AF tahun ini sangat ketat dan teliti kerana pihak produksi inginkan peserta yang punya pakej lengkap sebagai seorang penghibur, bukan sekadar tangkap muat dan tempelan sahaja.

Dikatakan bahawa pelakon kacak, Arja Lee telah sampai ke tahap 'Top 24' dan dikhabarkan kini Arja sedang mengikuti program 'bootcamp' untuk sampai ke tahap 'Top 12' AF. Kalau berita ini benar, nyata percubaan kali kedua Arja dalam program AF ini membuahkan hasil.

Khabarnya juga formula baru bakal pihak pengajur guna pakai untuk menarik minat penonton untuk terus melekat dan mengikuti AF setiap minggu.

Siapakah yang bakal menyertai AF tahun ini? Adakah Rafidah Ibrahim, Iz Sulaini juga tersenarai dalam 'Top 24' AF kali ini? Semuanya bakal terjawab apabila AF bakal bermula nanti. Sama-sama kita nantikan apakah pembaharuan dan kejutan yang bakal dibawakan oleh AF tahun ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan