Farawahida - Google Blog Search |
"Raya Terakhir Saya Sebagai Seorang Bujang" - <b>Farawahida</b> | Oh <b>...</b> Posted: 06 Aug 2013 12:25 AM PDT Nampaknya penyanyi Farawahida bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi kerana beliau sendiri mengakui bahawa hari raya tahun ini adalah tahun terakhir dia beraya sebagai seorang bujang. Farawahida akan pulang ke kampung halamannya di Taiping, Perak seminggu sebelum hari raya namun hanya akan bercuti selama 2 ke 3 hari sahaja kerana akan memenuhi undangan persembahan di sebelah Utara tanahair.
Bercakap mengenai pernikahannya yang dimaklumkan bakal berlangsung pada Disember depan, Farawahida memberitahu dia tidak melalui acara merisik dan bertunang tetapi dia dan bakal suaminya bersepakat untuk terus melangsungkan pernikahan yang akan berlangsung di kampung halamannya Taiping, Perak. Percintaannya dengan bakal suaminya yang bekerja sebagai pakar jantung itu telahpun berlangsung selama 8 tahun, namun dia memaklumkan masih lagi belum berkesempatan untuk menghadiri kursus pra perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya. OHARTIS: MEMANG RAMAI YANG AKAN MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI INI. |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan