Nuffnang

Rabu, 21 Ogos 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


Pelakon <b>Liyana Jasmay</b> gembira suami kuat cemburu

Posted: 29 Jul 2013 08:53 AM PDT

Pelakon Liyana Jasmay gembira suami kuat cemburu - Sejak berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 29, pada 2 Februari 2013 lalu, pelakon Liyana agak sedikit senyap dari dunia hiburan. Selama 6 bulan sah bergelar suami isteri, kontroversi membabitkan pelakon comel ini tidak langsung kedengaran.

Bagaimanapun, menerusi portal mStar, Liyana telah tampil membuat pengakuan berhubung dengan sikap kuat cemburu suaminya jika melihat dia berlakon dalam adegan-adegan cinta yang romantik.

"Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik."

"Tetapi saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula."

Menurut Liyana, suaminya telah memberi syarat agar dia tidak melakonkan adegan keterlaluan seperti babak-babak yang melibatkan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain atau berpelukan.

"Setakat ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan saya bersentuhan dengan mana-mana lelaki, saya akan maklumkan kepada suami terlebih dahulu dan dia meminta saya agar tidak keterlaluan melakonkan adegan berkenaan."

Di sebalik pendedahan yang dibuat Liyana tentang suaminya, namun dia mengakui suka dan gembira sikap cemburu itu kerana ianya adalah petanda betapa si suami benar-benar mengambil berat dan sayangkan seseorang isteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan