Nuffnang

Sabtu, 31 Ogos 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Bakal Tamatkan Zaman Bujang Selepas Tayangan <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 08:49 PM PDT

ohartis-syamsul-yusof-rancang-kahwin-lepas-tayangan-klganster2

Siapa tidak kenal dengan pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof. Syamsul yang ditemui ketika malam gala filem KL Zombie baru-baru ini memberitahu bahawa dia mahu segera menamatkan zaman bujangnya selepas filem arahannya KL Gangster 2 mula ditayangakan pada Oktober nanti.

Memang saya ada simpan hasrat lepas filem KL Gangster 2 keluar, saya ingin melangkah ke alam rumah tangga, tapi itu semua masih lagi dalam perancangan. Jadi, doakan sahaja.

Menurut Syamsul, dia sudah lama bersedia untuk hidup berkeluarga. Keadaan kesihatan ayahnya juga merupakan salah satu faktor dia harus segera mendirikan rumahtangga. Malah semasa bapanya, Datuk Yusof Haslam sakit dia juga sudah memberi "hint" kepadanya supaya segera bernikah dan tidak kisah sesiapapun pilihan Syamsul.

"Saya sedar ayah saya pun dah semakin tua, kalau boleh nak juga dapatkan cucu untuk dia. Umur saya pun dah masuk 29 tahun, jadi rasanya sudah tiba masa untuk fikirkan soal rumah tangga. Masa sakit hari itu, dia (Datuk Yusof Haslam) ada juga bagi hint supaya saya cepat kahwin.

"Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya.

Namun apabila ditanya tentang siapakah gerangan gadis yang bertuah memiliki hatinya, Syamsul hanya menjawab;

"Siapa orang itu biar saya simpan sendiri dan biar saya sahaja yang tahu. Setakat ini saya pun belum pernah bawa sesiapa berjumpa dengan keluarga. Mak saya pun dah tak larat nak pasangkan saya dengan sesiapa sebab saya tak suka. Kalau boleh, saya nak cari pilihan saya sendiri." jelas Syamsul.

OHARTIS: SEMEMANGNYA KAMI ADALAH PENYOKONG TEGAR KARYA SYAMSUL YUSOF DAN KAMI DOAKAN SEMOGA ALLAH MENEMUKAN JODOH YANG TERBAIK UNTUK SYAMSUL DAN TERUS SUCCESS DALAM SEGALA BIDANG YANG DICEBURI. AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan