Nuffnang

Jumaat, 27 September 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


KES SKANDAL <b>ADI PUTRA</b> NAFI GAMBAR LUCAH - mysumber.com

Posted: 10 Sep 2013 03:53 PM PDT

Kes skandal: Adi Putra nafi gambar lucah adalah miliknya

Kontroversi melibatkan dakwaan Adi Putra ada hubungan skandal dengan isteri orang semakin mendapat perhatian daripada media dan juga peminat aktor itu

sidang media adi putra skandal kes skandal adi putra nafi gambar lucah

Terbaru, Adi Putra tampil dengan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda dirinya dalam satu sidang media produk Fereena Beauty di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Isnin 10 September 2013

Antara penjelasan yang diberikan, beliau memaklumkan dan menegaskan bahawa dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya

Dalam sidang media itu, Adi Putra turut menjawab persoalan kenapa mendiamkan diri selepas isu itu diketahui umum, berikut antara jawapan yang diberikan oleh Adi Putra yang disiarkan oleh portal hiburan gua.com.my

Mendiamkan diri tak membawa erti saya melarikan diri apabila kes ini timbul. Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang seperti sidang media produk ini, tayangan KL Gangster 2 dan sebagainya

Saya diamkan diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut, saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa

Jadi, ada baiknya saya diamkan diri. Apa yang boleh saya katakan ialah saya langsung tidak kenal dengan perempuan itu," jelas Adi memulakan bicara

Dengan kenyataan tidak kenal perempuan yang dikaitkan dengannya, ini sekali gus menafikan tentang beberapa keping foto salinan mesej sms dan gambar lucah di aplikasi WhatsApp Messenger yang tersebar di internet

Tambahan pula, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut

Dalam pada itu, Adi Putra mengambil iktibar dan pengajaran berhubung kontroversi yang menimpa dan menganggap apa yang berlaku ini adalah sebagai ujian untuk dirinya

Video penjelasan Adi Putra mengenai isu skandal dengan isteri orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan