Nuffnang

Ahad, 29 September 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> -"Tiada Bukti Jangan Tuduh Sebarangan" - Gua.com.my

Posted: 21 Aug 2013 05:54 PM PDT

"Tiada bukti jangan tuduh sebarangan" itulah kata-kata yang diluahkan oleh penyanyi dan pelakon Aliff Aziz apabila diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia sering berada dalam keadaan 'lalok' atau seperti khayal.

"Orang boleh bercakap macam-macam terhadap diri saya, walaupun saya tidak membuat perkara tersebut. Lagi pun saya berkeadaan sebegitu kerana saya sangat penat dan baru sahaja selesa menjalani sebuah penggambaran drama," tegas Alif ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka anjuran RIM pada Rabu.

Sedikit sebanyak kontroversi tersebut mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya. Walaubagaimana pun, Aliff yang ditemui tidak begitu cepat melatah kerana dia sendiri susah menyangkakan bahawa perkara ini akan timbul. Belum reda kisah kontroversinya sebelum ini muncul pula yang lain. Aliff yang kini lebih matang dalam memberikan kenyataannya kepada media turut menjelaskan bahawa pengalaman lepas banyak mengajarnya supaya lebih bertanggungjawab dan bersikap lebih profesional dalam menangani perlbagai masalah. Malah, dia kini lebih selesa untuk tidak dikaitkan dengan mana-mana perempuan dan ingin memberi tumpuan terhadap kerjayanya.

"Pelbagai kontroversi muncul sepanjang tahun ini, dan saya berharap tiada lagi selepas ini. Saya memang kecewa tetapi Alhamdulillah saya tidaklah begitu kecewa kerana keluarga saya banyak memberikan sokongan terhadap saya. Apa yang sudah berlaku biarkanlah ia berlalu dan tidak perlu untuk dikenangkan kembali. Saya jadikan semua ini sebagai pengajaran kepada untuk terus lebih berhati-hati pada masa hadapan. Buat masa sekarang, kerjaya menjadi keutamaan saya," katanya.

Aliff bakal muncul dengan album ke empat pada tahun hadapan. Buat masa sekarang dia masih lagi mengumpul material yang berkualiti untuk dimuatkan ke dalam albumnya itu.

"Alhamdulillah, pada tahun hadapan saya akan muncul dengan album yang ke empat dan buat masa sekarang saya masih lagi mengumpulkan material-material yang berkualiti untuk dimuatkan ke dalam album terbaru itu nanti," ujarnya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Komen