Nuffnang

Isnin, 2 September 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Hilang Berat Badan Lapan Kilogram – Perak Today

Posted: 30 Aug 2013 02:21 AM PDT

Bront

Pelakon Bront Palarae kehilangan lapan kilogram berat badannya semata-mata mahu merealisasikan watak bernama O.Sidi dalam filem Psiko Pencuri Hati.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, pengarah filem itu, Nam Ron mahukan dia kelihatan kurus kering sehingga memaksa dia berdiet selama enam minggu bagi mendapatkan bentuk badan sesuai.

"Perkara pertama yang Nam Ron minta saya lakukan adalah menurunkan berat badan supaya nampak kurus kering untuk watak O.Sidi dalam filem tersebut.

"Daripada 74 kilogram berat badan saya turun kepada 66 kilogram hanya dalam masa enam minggu," katanya kepada mStar Online.

Filem yang bakal ditayangkan pada 5 September ini turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).

Dalam pada itu, Bront berkata, dia telah dipaksa oleh pihak produksi untuk menonton filem tersebut selepas ia siap menjalani proses suntingan dan memberitahu tidak selesa dengan keadaan itu.

Jelas Bront, sebelum ini dia tidak pernah menonton hasil lakonannya dalam sebarang filem atau pun drama sepanjang bergelar pelakon kerana menganggap pelik untuk melihat dirinya sendiri.

"Sejak dari dulu lagi saya memang seorang yang jenis tidak akan tengok hasil kerja saya sama ada filem atau pun drama. Saya tiada sebarang sebab tertentu cuma rasa pelik tengok diri sendiri.

"Malah dalam filem Psiko Pencuri Hati ini juga saya cuma lihat sebahagian sahaja selepas ia siap menjalani suntingan," ujarnya.

Sementara itu, Bront berkata, selain senang bekerja di bawah arahan Nam Ron, dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana ingin lari daripada karakternya dalam Lagenda Budak Setan.

"Saya perlu cari personaliti lain sebagai seorang pelakon dan tidak mahu dilabel dengan watak-watak tertentu sahaja. Mencari kelainan dalam sesuatu peranan tidak sukar tetapi untuk mendapatkan penerimaan orang itu bukan mudah," jelasnya.

- mStar

<b>Bront Palarae</b> Benci Tengok Lakonan Sendiri, Kenapa?

Posted: 29 Aug 2013 05:19 PM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Bront Palarae, seorang pelakon yang memang cukup dikagumi ramai. Namun begitu, Bront mengakui bahwa sejak dulu lagi dia tidak suka menonton mana-mana filem lakonannya sepanjang bergelar pelakon. Jika dia berbuat demikian, akan timbul rasa janggal dan pelik dalam dirinya.

"Saya memang jenis tak tengok filem sendiri. Saya rasa pelik bila tengok diri sendiri. Rasa janggal. Ini pun saya dipaksa oleh pihak produksi untuk melihat sebahagian filem ini selepas ia siap menjalani suntingan", katanya ketika ditemui pada malam pratonton filem terbaharu lakonannya, Psiko Pencuri Hati, bertempat di e@curve, baru-baru ini. 

Pengarah Paksa Kurus 

Ditanya mengenai cabaran daalam filem kali ini, Bront berkata dia tidak menghadapi banyak kesukaran berkerja dibawah arahan Namron. Cuma dia dituntut supaya menjadi seorang yang sangat kurus sehingga memaksanya berdiet selama enam minggu bagi mendapatkan bentuk badan sesuai. Hasilnya, Bront memberitahu dia kehilangan berat badan sebanyak 8kg. 

Meskipun ini bukan kali pertama dia perlu melakonkan watak seorang psiko, namun dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana ingin lari daripada karakternya dalam Lagenda Budak Setan.

"Walaupun ni bukan kali pertama saya bawa watak seoarng yang macam psiko tapi Sidi berbeza sebab saya lari dari karakter saya masa dalam Lagenda Budak Setan dulu. Untuk hidupkan karakter tu saya memang tak rujuk pada mana-mana filem. Lagipun, selain saya dipaksa kurus kering, Namron dah cukup 'men-psiko-kan' saya. Pada saya, nak berikan kelainan tu tak susah tapi persembahan dan bagaimana nak mendapatkan penerimaan daripada penonton, itu yang susah", katanya 

Dalam Psiko Pencuri Hati, aktor tinggi lampai ni memengang watak sebagai O.Sidi, seorang penulis novel popular yang menggemari subjek thriller di dalam setiap karyanya. Akibatnya terlalu obses, jiwanya menjadi kacau. 

Filem yang bakal ditayangkan pada 5 September ini turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan