Nuffnang

Jumaat, 6 September 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Gambar isteri <b>Bront Palarae</b> yang cun melecun - cerita kosong ku

Posted: 03 Sep 2013 04:10 PM PDT


Gambar isteri Bront Palarae yang cun melecun - 31 Ogos 2013 merupakan tarikh keramat bagi pelakon macho Bront Palarae selepas dia kini sah bergelar suami kepada seorang gadis bertuah yang juga kenalan lamanya.

Menurut portal rotikaya, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan hanya dihadiri oleh saudara terdekat. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Taman Tun Dr Ismail, Ustaz Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Berikut ialah dua keping gambar isteri Bront Palarae yang didakwa blogger abgteror. Anyway, admin sendiri masih belum pasti samada gambar gadis di bawah ialah wajah sebenar isteri pelakon itu atau sebaliknya.


<b>Bront Palarae</b> Hilang Berat Badan Lapan Kilogram – Perak Today

Posted: 30 Aug 2013 02:21 AM PDT

Bront

Pelakon Bront Palarae kehilangan lapan kilogram berat badannya semata-mata mahu merealisasikan watak bernama O.Sidi dalam filem Psiko Pencuri Hati.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, pengarah filem itu, Nam Ron mahukan dia kelihatan kurus kering sehingga memaksa dia berdiet selama enam minggu bagi mendapatkan bentuk badan sesuai.

"Perkara pertama yang Nam Ron minta saya lakukan adalah menurunkan berat badan supaya nampak kurus kering untuk watak O.Sidi dalam filem tersebut.

"Daripada 74 kilogram berat badan saya turun kepada 66 kilogram hanya dalam masa enam minggu," katanya kepada mStar Online.

Filem yang bakal ditayangkan pada 5 September ini turut membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).

Dalam pada itu, Bront berkata, dia telah dipaksa oleh pihak produksi untuk menonton filem tersebut selepas ia siap menjalani proses suntingan dan memberitahu tidak selesa dengan keadaan itu.

Jelas Bront, sebelum ini dia tidak pernah menonton hasil lakonannya dalam sebarang filem atau pun drama sepanjang bergelar pelakon kerana menganggap pelik untuk melihat dirinya sendiri.

"Sejak dari dulu lagi saya memang seorang yang jenis tidak akan tengok hasil kerja saya sama ada filem atau pun drama. Saya tiada sebarang sebab tertentu cuma rasa pelik tengok diri sendiri.

"Malah dalam filem Psiko Pencuri Hati ini juga saya cuma lihat sebahagian sahaja selepas ia siap menjalani suntingan," ujarnya.

Sementara itu, Bront berkata, selain senang bekerja di bawah arahan Nam Ron, dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana ingin lari daripada karakternya dalam Lagenda Budak Setan.

"Saya perlu cari personaliti lain sebagai seorang pelakon dan tidak mahu dilabel dengan watak-watak tertentu sahaja. Mencari kelainan dalam sesuatu peranan tidak sukar tetapi untuk mendapatkan penerimaan orang itu bukan mudah," jelasnya.

- mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan