Nuffnang

Selasa, 17 September 2013

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Fouziah Gous</b> & Zhafran Nikah 21 September Ini |

Posted: 14 Sep 2013 08:48 PM PDT


3 bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya Fouziah Gous dan Zhafran telah pun mengumumkan hari pernikahan mereka pada Jumaat yang lalu. Bakal pengantin ini telah sepakat untuk memilih 21 September (Sabtu depan) di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam kira-kira jam 8 malam.

gambar nikah fouziah gous

Selepas itu, pada 29 September, majlis sebelah pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada minggu seterusnya (5 Oktober) bertempat di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.

gambar nikah fouziah gous

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fouziah Gous dan Zhafran. Patutlah nampak makin berseri-seri sejak kebelakangan ini. Semoga majlis yang bakal dilangsungkan akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Fouziah Gous</b> Kahwin 21 September Ini - Gua.com.my

Posted: 13 Sep 2013 02:27 AM PDT

Selepas mengikat tali pertunangan selama tiga bulan dengan Md Zhafran Md Yusof, pelakon cantik, Fouziah Gous akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan itu pada 21 September ini.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Fouziah ketika sidang media khas pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka di Nas Great Idea, Seri Kembangan, sebentar tadi.

Fouziah dan pasangannya bakal diijabkabulkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, selepas solat Isyak.

Pada sidang media yang turut dihadiri tunangnya itu, Fouziah turut mengumumkan tarikh persandingan mereka yang bakal berlangsung pada 29 September 2013 di Hotel Marriott Putrajaya. Manakala majlis sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 5 Oktober hadapan di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pelakon drama 'Alam Maya' ini mengikat tali pertunangan dengan rakan perniagaannya itu di Asmara Penchala, Damansara, pada 1 Jun lalu selepas berkenalan selama tiga bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan