Liyana Jasmay - Google Blog Search |
<b>Liyana Jasmay</b> Tak Kekok Jadi GF Bront Depan Suami - Murai.com.my Posted: 18 Sep 2013 05:00 AM PDT berita |
Tempatan
Jangan Tak Lihat Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2013: Aktres Liyana Jasmay akui senang hati apabila suaminya, seorang yang bersikap terbuka sewaktu melihat serta menemaninya saat dia membawakan watak sebagai kekasih kepada aktor, Bront Palarae dalam supertelefilem, New York Cinta. Malah, respon positif yang diberikan oleh suaminya itu membuatkan dia selesa berlakon dalam supertelefilem tersebut, sebaliknya Bront Palarae pula yang gementar untuk melakonkan watak sebagai pasangan kekasihnya di dalam upertelefilem tersebut. "Sebenarnya penggambaran New York Cinta ini dijalankan setelah seminggu saya berkahwin. Jadi ketika menjalani penggambaran di New York, suami saya pun ikut sekali kerana ketika itu dia masih bercuti. "Saya tidak punya masalah melakonkan watak sebagai kekasih Bront Palarae di hadapan suami saya kerana saya tahu dia memang bersikap terbuka dan faham akan kerjaya saya. Cuma Bront sahaja akui dia kekok hendak berlakon dengan saya ketika itu. "Mula-mula Bront memberitahu dia gementar kerana suami saya ada bersama-sama ketika kami berlakon dalam supertefilem ini. Namun, setelah dia cuba berbual dan berkenalan dengan suami saya serta selesa berkawan, barulah dia boleh berlakon seperti biasa," katanya kepada murai.com.my selepas prebiu supertelefilem New York Cinta di TGV Sunway Pyramid, baru-baru ini. Selain mereka berdua, New York Cinta yang turut dibintangi oleh pelakon Juliana Evans dan Tom Ward itu sedang ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 12 September lalu. Mengulas lanjut mengenai supertelefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksinya bersama akaknya, Adriana Jasmay iaitu Mermaid Studios, Liyana Jasmay memberitahu dia tidak menyangka telefilemnya itu akan terpilih untuk ditayangkan di Astro First Eksklusif. "Sebenarnya saya pun tidak sangka apabila pihak Astro memberi ruang pada kami menayangkan New York Cinta di Astro First Eksklusif kerana banyak kriteria penting yang perlu ada untuk menayangkan sesebuah karya di saluran berkenaan. "Kriterianya adalah seperti supertelefilem itu perlu menyerupai karya berbentuk filem. Kami pun tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi terhadap produk terbitan Mermaid Studios yang keempat ini dan hanya sebulat-bulatnya menyerahkan kepada pihak Astro untuk membuat keputusan ," jelasnya lagi. Secara ringkas, New York Cinta yang menjalani penggambaran sebanyak 99 peratus di kota New York itu mengisahkan mengenai Mia (Liyana Jasmay) dan Seth (Bront Palarae) yang bertemu dalam keadaan yang tidak sengaja ketika Mia dalam perjalanan ke New York dari Boston. Sejak itu mereka berhubung dan dalam diam menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain. Walaubagaimana pun timbul pula konflik yang menjadi rintangan hubungan mereka. Ingin tahu kesudahannya? Langgan supertelfilem penuh di Astro First Eksklusif sekarang. Selain New York Cinta antara telefilem lain yang pernah diterbitkan Mermaid Studios adalah Tudung Tweet, Cik Paris Masuk Kampung dan Basikal Pixie. |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan