Nuffnang

Rabu, 11 September 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Sahkan Bakal Menikah Februari 2014 - Murai.com.my

Posted: 26 Jun 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 26 JUN 2013: Penyanyi Misha Omar akhirnya menamatkan tanda tanya ramai pihak apabila mengesahkan dia bakal bernikah dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rosly, 31, pada Februari tahun hadapan.

Namun Misha berkata tarikh sebenar pernikahannya belum ditetapkan lagi kerana keluarga kedua-dua belah pihak hanya akan berjumpa dan berbincang mengenai pernikahan tersebut menjelang Hari Raya Aidilfitri, Ogos ini.

"Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami.

"Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya", jelas Misha yang ditemui dalam sidang media mengumumkan dirinya sebagai duta syarikat cat, Colourland di The Bee, Publika petang tadi.

Misha dan Firos yang merupakan juruterbang syarikat penerbangan MAS telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.

Sementara itu, Misha turut memberitahu Februari adalah bulan yang istimewa untuk dirinya dan tunang.

"Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012.

"Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar," jelasnya lagi.

Misha merancang untuk bernikah di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan dan bakal mengadakan majlis resepsinya di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan