Nur Fathia - Google Blog Search |
Aiman Nafi Dikongkong <b>Nur Fathia</b> - MalaysianDigest Posted: 29 Aug 2013 04:52 PM PDT | Friday, 30 August 2013 07:52 | | Aktor tinggi lampai, Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh pelakon Nur Fathia apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu. Bercakap kepada mStar online, Aiman berkata sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu. "Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama. "Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya. Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon. Jelas Aiman lagi, Fathia ada beritahunya tentang hal tersebut, namun menanggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi terhadap lakonannya. |
You are subscribed to email updates from Nur Fathia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan