rosyam nor - Google Blog Search |
<b>Rosyam Nor</b> Dominasi KL Gangster 2 | buahmulut.com Posted: 09 Sep 2013 06:54 PM PDT Pembawaan watak yang meresepi ke akal khayalak penonton nampaknya sekali lagi berjaya buat pelakon otai, Rosyam Nor apabila watak Tailong yang dipegangnya dalam KL Gangster 2 berjaya membayangi watak-watak lain yang terdapat di dalam filem tersebut. Ini diakui oleh ramai pihak yang sudah menontonya baik secara haram (muatturun) mahupun yang menontonnya sewaktu tayangan perdana pada 9 September 2013. Memegang watak sebagai ketua gangster yang terbesar di KL dan mempunyai sifat kebinatangan, menjadikan watak Tailong ini adalah yang paling jahat pernah dilakonnya. Jelas Rosyam lagi untuk menunjukkan watak Tailong adalah ganas dan jahat ianya tidak hanya terletak pada aksinya sahaja tetapi juga pada kehendak seksnya. "Apa yang saya cuba sampaikan pada watak Tailong ini diharap penonton bukan sahaja dapat melihatnya sahaja tapi dapat juga merasai watak yang saya bawakan." "Bukan mudah sebenarnya membawa watak tailong kerana ianya memerlukan stamina yang panjang untuk aksi yang berterusan. Mujurlah saya pun banyak stamina sebab dah biasa dengan perkara seperti ini." Rosyam Nor juga tersenyum apabila ditanya berkenaan wataknya yang dikatakan ramai pihak lebih menyerlah dan berjaya menenggelamkan watak-watak lain yang terdapat dalam KL Gangster 2 "Saya tak nak komen tentang hal ini, kalau ada yang mengatakan watak Tailong ini lebih mendominasi berbanding watak lain dalam filem KL Gangster 2 itu saya serahkan kepada penonton untuk memperkatakanya" Ujar Rosyam yang kami temui di One Utama p/s : Gambar Rosyam Nor (Tailong) sekitar Filem KL Gangster 2 [Lagi Gambar] Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan